PASUKAN Wild Boars bergambar bersama Ellen (kanan sekali) dan Ibrahimovic (dua dari kanan). - Agensi
PASUKAN Wild Boars bergambar bersama Ellen (kanan sekali) dan Ibrahimovic (dua dari kanan). - Agensi
AFP

Los Angeles: Skuad bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari sebuah gua banjir selepas terperangkap lebih dua minggu berlatih dengan kelab Los Angeles Galaxy dan penyerang ternama, Zlatan Ibrahimovic, kelmarin.

Ia hentian terkini pasukan itu dalam rangka lawatan antarabangsa mereka.

Pasukan Wild Boars, yang menjadi tetamu di temasya sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires awal bulan ini, dibawa melawat sekitar stadium StubHub Centre Galaxy sebelum berlatih dengan anggota pasukan itu.

Remaja Thailand berusia antara 11 hingga 16 tahun itu berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang pada Julai lalu selepas satu usaha menyelamat antarabangsa yang mendebarkan.

Lawatan ke Galaxy itu diselaraskan oleh bintang TV Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres yang menerima kunjungan pasukan itu ke program kendaliannya Isnin lalu.

Bekas pemain antarabangsa Sweden, Ibrahimovic turut muncul sebagai kejutan untuk bertemu dengan pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Oktober 2018 @ 8:03 AM