ANGOTA polis Iran ketika merampas arak. FOTO/AGENSI
ANGOTA polis Iran ketika merampas arak. FOTO/AGENSI
Reuters

DUBAI: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 300 lain mengalami keracunan selepas minum arak buatan di Iran, kata perkhidmatan kecemasan negara hari ini.

Kes itu dianggap terburuk di sebuah negara di mana minum minuman keras dianggap satu jenayah.

Agensi berita separa rasmi ILNA melaporkan memetik jurucakap perkhidmatan kecemasan, Mojtaba Khaledi sebagai berkata, kira-kira 176 masih dirawat di lima wilayah di negara itu.

Walaupun larangan minum arak di Iran dan kekerapan polis melakukan serbuan, arak buatan mudah diperoleh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 7:00 AM