ANGGOTA penyiasat berdiri di hadapan bangunan Zhongjin Capital. FOTO/REUTERS
ANGGOTA penyiasat berdiri di hadapan bangunan Zhongjin Capital. FOTO/REUTERS
Reuters

SHANGHAI: Sebuah mahkamah di sini, menjatuhkan hukuman penjara ke atas 10 individu yang didapati terbabit dengan skim Ponzi bernilai AS$5.84 bilion (RM24.2 bilion).

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, Xu Qin, iaitu pengasas Zhongjin Capital (Zhongjin) dan syarikat berkaitan dengannya, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, semalam.

“Sembilan lagi tertuduh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 12 tahun,” lapor akhbar itu.

Empayar perniagaan Zhongjin berkembang dengan pesat, hingga berjaya menarik minat pelabur yang ingin meraih pulangan berganda, selepas ia menawarkan produk kewangan jangka pendek, antaranya sektor ‘perbankan bayangan’.

Bagaimanapun, kejayaan dan imej mewahnya terjejas pada awal 2016, selepas pihak polis menahan 21 eksekutif yang mempunyai kaitan dengan Zhongjin, termasuk Xu Qin, kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengumpulan dana haram. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 3:14 PM