ANGGOTA polis india ketika sedang menjalankan siasatan. FOTO/REUTERS
ANGGOTA polis india ketika sedang menjalankan siasatan. FOTO/REUTERS
Agensi

New Delhi: Cinta tiga segi dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam pekerja bank apabila mayatnya ditemui dikerat tiga bahagian sebelum polis menahan seorang doktor dan pembantunya, kelmarin.

Hindustan Times melaporkan, suspek yang juga pakar bedah dan pemilik klinik swasta, Hrusikesh Tripathy, 55, ditahan bersama pembantunya, Bidhan Sethi, 35 kerana membunuh Bishnu Prasad Gouda.

Menurut New Indian Express, mangsa dikerat dan disumbat dalam beg sebelum dibuang digali atas tanah milik Tripathy, yang kemudian menjadikannya lubang najis di kampungnya di Bada Gumula Bada.

Suspek dikatakan menyuntik bahan ke dalam badan Gouda sebelum dipercayai dibunuh pada 19 Ogos di klinik itu.

Siasatan awal mendedahkan kejadian itu mungkin disebabkan Tripathy cemburu hubungan sulit antara Gouda dan seorang jururawat yang bekerja di klinik berkenaan.

“Doktor itu juga menaruh hati terhadap jururawat berkenaan dan membunuhnya supaya dia tidak lagi berada dalam hidup wanita itu,” kata jurucakap polis Berhampur, Pinak Mishra.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 8:28 PM