BAS pelancong dikatakan bergerak laju sebelum hilang kawalan. FOTO/AGENSI
BAS pelancong dikatakan bergerak laju sebelum hilang kawalan. FOTO/AGENSI
AFP

BANDUNG: Sekurang-kurangnya 21 maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas yang membawa pelancong tempatan dilaporkan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di kepulauan Jawa, Indonesia, hari ini.

Kemalangan berlaku apabila bas yang membawa 37 penumpang sedang menuju ke lokasi percutian di wilayah Sukabumi, Jawa Barat.

Bas berkenaan dilihat bergerak laju dan sebelum hilang kawalan lalu terjunam ke dalam jurang kedalaman 10 meter.

“Terdapat 37 orang dalam bas, 21 daripada mereka meninggal dunia sementara yang lain hanya mengalami kecederaan,” kata Ketua Unit Trafik, Galih Bayu Raditya kepada AFP.

Mangsa yang cedera sudah dibawa ke beberapa hospital tempatan.

“Kami percaya kemalangan berlaku berpunca akibat kegagalan fungsi brek,” kata Raditya, sambil menambah lesen kenderaan itu tamat tempoh pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 9:28 PM