Larry mati dipatuk ular ketika bertugas. FOTO AFP
Larry mati dipatuk ular ketika bertugas. FOTO AFP
AFP

SEOUL: Seekor anjing polis Korea Selatan yang mati dipatuk ular ketika menjalankan tugas akan diberi penghormatan pada satu majlis, bulan depan.

Majlis seumpama itu sesuatu yang jarang berlaku di negara itu.

Larry, anjing berusia tujuh tahun jenis ‘German Shepherd’ dipatuk reptilia itu pada bahagian kaki belakang sebelah kiri ketika mencari orang hilang di sebuah pergunungan di wilayah Chungcheong Utara, Julai lalu.

Ia menjadi anjing polis pertama yang mati ‘ketika menjalankan tugas’ di negara itu, menurut kenyataan Agensi Polis Metropolitan Daegu.

Larry memiliki keupayaan mengesan bukti menerusi bau dan telah membantu pegawai polis menyelesaikan 39 kes jenayah berat.

Anjing terbabit menyertai usaha mencari lebih 170 orang hilang sejak mula ditugaskan pada 2012.

Ia memberi petunjuk penting kepada kes bunuh yang belum dapat diselesaikan tahun lalu selepas mengesan mayat seorang wanita yang ditanam sedalam 70 sentimeter berdekatan laluan mendaki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 5:16 PM