Sebahagian penduduk terperangkap dalam banjir berikutan hujan lebat di Kochi. FOTO AFP
Sebahagian penduduk terperangkap dalam banjir berikutan hujan lebat di Kochi. FOTO AFP
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam tanah runtuh disebabkan hujan lebat di selatan India, hari ini.

Ia menjadikan angka kematian seluruh negara itu setakat ini mencecah lebih 700.

Musim tengkujuh berlanjutan dari Jun hingga September menjejaskan jutaan petani India malah menyebabkan kematian dan kemusnahan setiap tahun.

Tahun lalu, musim tengkujuh meragut 1,200 nyawa. Lebih 70 maut di Kerala setakat ini dengan hujan lebat sepanjang malam menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh memusnahkan banyak struktur.

“Beberapa pasukan penyelamat dan kecemasan dihantar ke daerah terjejas,” kata pesuruhjaya bantuan Kerala, P H Kurian.

Pegawai kaji cuaca meramalkan hujan lebat di wilayah itu akan berterusan selama 48 jam lagi sekaligus memaksa pihak berkuasa negeri mengisytiharkan amaran.

Hujan berterusan meningkatkan paras air hingga hampir mencapai kapasiti penuh di dua empangan yang memaksa pihak berkuasa melepaskan sejumlah besar air daripada salah satunya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 9:49 PM