KEHADIRAN tikus membimbangkan penduduk kerana ia boleh menyebarkan penyakit.
KEHADIRAN tikus membimbangkan penduduk kerana ia boleh menyebarkan penyakit.
Agensi

BANDAR Chicago adalah ‘ibu kota tikus’ di Amerika Syarikat dengan peningkatan ketara aduan penduduk mengenai haiwan itu pada 2017 mencecah 50,963 berbanding 32,855 pada 2014, menurut kajian.

Malah, bilangan tikus juga meningkat 55.1 peratus pada 2017 manakala pada Januari hingga Jun tahun ini, agensi Chicago 311 menerima 13,753 aduan mengenai tikus, lapor agensi khidmat carian pangsapuri, Renthop.

Chicago 311 adalah talian khas yang menerima aduan penduduk kepada pihak berkuasa bagi menangani isu perkhidmatan bukan kecemasan di bandar itu.

“Kami sudah mengumpul data aduan tikus pada 2017 kepada talian Chicago 311 untuk mengenal pasti kawasan dan lokasi paling teruk diancam haiwan itu,” menurut kajian Renthop.

Kawasan Logan Square, Englewood, dan West Ridge mencatatkan aduan terbanyak kepada Chicago 311.

“Kebanyakan penduduk kawasan yang paling banyak aduan tikus juga kawasan paling banyak najis anjing,” menurut kajian itu.

Sampah yang bertimbun di antara bangunan di ‘Windy City’ itu menyebabkan tikus mudah mencari makanan dan tempat berlindung, menurut kajian RentHop.

Kehadiran tikus membimbangkan penduduk kerana ia boleh menyebarkan penyakit terutama kepada mereka yang ada alahan kepadanya termasuk haiwan lain.

Renthop membuat kajian di empat bandar utama Amerika. Selain Chicago, tiga lagi ialah New York, Washington, D.C dan Boston.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 4:33 PM