ANGGOTA SWAT ketika memasuki pasar raya Traders Joe. FOTO/AFP
ANGGOTA SWAT ketika memasuki pasar raya Traders Joe. FOTO/AFP
AFP

LOS ANGELES : Krisis tebusan di sebuah pasar raya di sini berakhir apabila suspek berjaya ditangkap polis.

Sarjan Barry Montgomerry berkata, suspek lelaki itu terdahulu menembak neneknya dalam pertengkaran keluarga sebelum melarikan diri dan bertindak mencari perlindungan di dalam pasar raya berkenaan.

“Suspek itu melarikan diri menggunakan kenderaan milik neneknya dan membawa bersama seorang mangsa wanita sebelum memasuki pasar raya Traders Joe di sini.

Datuk Bandar Eric Garcetti berkata, seorang wanita ditembak dalam pasar raya berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

“Saya dengan penuh dukacita ingin mengumumkan bahawa terdapat satu kematian dalam kes ini, membabitkan seorang mangsa wanita,” katanya tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Menurut polis, suspek mengurung diri di dalam pasar raya itu bersama beberapa individu yang tidak diketahui jumlah namun berjaya ditahan ‘tanpa sebarang insiden’.

“Kami berjaya menahan suspek dan situasi pada ketika ini adalah terkawal,” kata Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) dalam satu kenyataan di Twitter.

Insiden berkenaan turut dipantau rapi oleh Presiden Donald Trump.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 10:34 AM