RAY Emery. Foto/GETTY IMAGES
RAY Emery. Foto/GETTY IMAGES
Reuters

BEKAS pemain hoki ais profesional Kanada, Ray Emery, 35, ditemui mati pagi semalam selepas berenang di pelabuhan Hamilton, di Ontario.

Menurut Polis Hamilton, mayat Emery ditemui berhampiran Royal Hamilton Yacht Club pada 2.50 pagi (waktu tempatan) di kawasan sama ketika dia dikatakan berenang hampir sembilan jam lebih awal.

Menurut The Hamilton Spectator, Emery berkunjung ke bot milik seorang rakan di situ dan mula berenang di tempat ia berlabuh di kelab berkenaan pada 6 pagi.

“Setakat ini kami tidak rasa ada sebarang unsur mencurigakan atau sabotaj,” kata Inspektor Marty Schulenberg kepada Spectator.

“Kami percaya ia adalah satu kes kemalangan.”

Polis berkata punca kematian akan diumumkan selepas proses bedah siasat selesai.

Emery yang berasal dari Hamilton, kali terakhir bermain untuk pasukan Philadelphia Flyers pada 2013 hingga 2015, musim keduanya dengan pasukan itu selepas memulakan kerjaya bersama Flyers pada 2009 hingga 2010.

Dia menghabiskan lima tahun pertama kerjaya sukannya bersama Ottawa Senators dan membantu Ottawa ke peringkat akhir pada 2006 hingga 2007.

Emery turut bermain untuk Anaheim Ducks dan Chicago Blackhawks sehingga meraih Piala Stanley dengan pasukan itu pada 2012 hingga 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 8:55 AM