OSOTTANAKORN (tengah) harap misi menyelamat dapat diselesaikan hari ini. -Foto Reuters
OSOTTANAKORN (tengah) harap misi menyelamat dapat diselesaikan hari ini. -Foto Reuters
AFP/Reuters

MAE SAI: Pasukan penyelamat berharap semua lima anggota skuad bola sepak ‘Wild Boars’, termasuk seorang jurulatih yang masih terperangkap di dalam gua di sini, dapat dibawa keluar dengan selamat, hari ini.

“Kami sudah membuat persiapan untuk membawa keluar baki empat lagi pelajar dan seorang jurulatih hari ini.

“Seorang doktor dan tiga anggota tentera laut Thailand dari unit SEALS, yang berada bersama kumpulan pelajar itu sejak mereka dijumpai lebih seminggu lalu juga akan meninggalkan gua berkenaan hari ini,” kata ketua pasukan penyelamat, Narongsak Osottanakorn.

Sementara itu, Reuters melaporkan, pasukan penyelamat dengan 19 anggota sudah masuk ke kawasan terowong terbabit bagi melaksanakan misi membawa pelajar dan jurulatih itu keluar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 1:34 PM