Banduan dikerah memadam kebakaran di Daerah Fire, di Guinda, California. Kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas 9,000 hektar. - AFP
Banduan dikerah memadam kebakaran di Daerah Fire, di Guinda, California. Kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas 9,000 hektar. - AFP
AFP

San Francisco: Pihak berkuasa California mengeluarkan amaran merah dan arahan pemindahan mandatori berikutan ribuan hektar kebakaran hutan akibat angin kencang dan cuaca panas.

Kebakaran terbaru melanda daerah Yolo, Sabtu lalu, memusnahkan 9,000 hektar hutan.

Lebih 100 jentera bomba dan 12 helikopter terbabit memadam kebakaran. Kebakaran itu merentasi ke daerah Napa semalam.

Kebakaran aktif lain termasuk Pawnee Fire di Lake County, memusnahkan 5,726 hektar hutan namun berjaya dipadam 73 peratus sehingga awal semalam.

Kebakaran Waverly Fire di San Joaquin merebak ke 4,978 hektar dan berjaya dibendung sebanyak 75 peratus.

Dalam kebakaran hutan di di Santa Barbara Disember lalu, mengorbankan dua orang, memusnahkan lebih 1,000 bangunan termasuk rumah mewah berharga puluhan juta dolar serta memusnahkan 104,814 hektar.

Ia dianggap kebakaran ketiga terburuk sejak 1932.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 2:22 PM