PERTEMUAN rasmi antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden China, Ji Xinping. Foto AFP
PERTEMUAN rasmi antara pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden China, Ji Xinping. Foto AFP
Reuters

ISU kerjasama strategik dan taktikal dipercayai antara perkara yang dibincangkan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden China, Ji Xinping dalam pertemuan kedua yang berlangsung semalam, di Beijing.

Menurut media tempatan Korea Utara, mesyuarat itu berlangsung pada hari terakhir kunjungan Jong-un ke Beijing bagi memberi taklimat berhubung hasil sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, minggu lalu.

“Kedua-dua pemimpin dilaporkan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan situasi yang dijangka berlaku pada masa depan,” lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Pada Selasa lalu, media tempatan Korea Utara melaporkan Jong-un dan Xinping sudah mencapai kata sepakat mengenai langkah menamatkan program nuklear di Semenanjung Korea selepas berbincang mengenai hasil Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 12:29 PM