PUSAT Penyelidikan dan Pembangunan Barzah di utara Damsyik yang musnah. - Agensi
PUSAT Penyelidikan dan Pembangunan Barzah di utara Damsyik yang musnah. - Agensi
Agensi

Washington: Gambar satelit terbaru menunjukkan tiga sasaran utama dalam serangan diketuai Amerika Syarikat terhadap Syria, Sabtu lalu, musnah sama sekali.

Imej terbabit menunjukkan ketepatan peluru berpandu dibedil pesawat pengebom Amerika, pesawat pengebom Britain dan Perancis serta kapal perang Amerika dan Perancis, termasuk kapal selam.

Sebanyak 76 peluru berpandu menyasarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Barzah di utara Damsyik yang didakwa Amerika dan sekutunya sebagai pusat penyelidikan dan pengeluaran senjata kimia Syria, memusnahkan kompleks itu.

Keseluruhannya, 105 peluru berpandu dibedil ketiga-tiga negara selepas Presiden Donald Trump yang disokong Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengarahkan serangan terbabit.

Namun, berbanding Perancis, Britain paling sedikit melancarkan peluru berpandu dalam serangan itu.

Empat jet penggempur Tornado Britain membedil lapan peluru berpandu Storm Shadow manakala Perancis membedil 12 peluru berpandu iaitu tiga peluru berpandu Scalp oleh kapal pemusnah Lanquedoc di Laut Mediterranean serta sembilan lagi oleh pesawat Rafale dan Mirage.

Kapal perang pesawat Amerika melancarkan 85 peluru berpandu termasuk Tomahawk iaitu pesawat pengebom B-1 Lancer membedil 19 peluru berpandu JSSSM serta kapal selam di Laut Mediterranean iaitu USS John Warner (enam Tomahawks).

DEPOH Simpanan Him Hinshar di Homs, dekat Damsyik, yang didakwa pusat simpanan senjata kimia. - Agensi
DEPOH Simpanan Him Hinshar di Homs, dekat Damsyik, yang didakwa pusat simpanan senjata kimia. - Agensi

Dua kapal perang Amerika di Laut Merah iaitu USS Laboon membedil tujuh Tomahawks dan USS Monterey (30 Tomahawks) manakala USS Higgins d Teluk Parsi membedil 23 Tomahawks.

Sasaran kedua ialah Depoh Simpanan Him Hinshar di Homs yang didakwa pusat simpanan senjata kimia yang dibedil dengan 22 peluru berpandu, termasuk oleh Scalp (Perancis) dan Storm Shadows (Britain).

Sasaran ketiga, Kubu Simpanan Him Hinshar diserang oleh tujuh peluru berpandu Scalp.

Pengarah Ketua Turus tentera Amerika, Leftenan Jeneral Kenneth McKenzie, dalam sidang medianya di Washington DC, Ahad lalu, memberitahu 105 peluru berpandu digunakan dalam serangan itu.

Beliau menafikan dakwaan media Syria bahawa sistem pertahanan udara Syria berjaya menembak jatuh 71 misil sebaliknya menegaskan tiada peluru berpandu berjaya dipintas.

Selain Syria, Russia juga mendakwa sebahagian peluru berpandu berjaya dipintas.

McKenzie bagaimanapun, mengesahkan Syria melancarkan 40 peluru berpandu yang tidak menggunakan panduan komputer.

“Syria membedil 40 peluru berpandu besar tanpa panduan komputer (seperti roket) yang gagal mengenai sasaran,” katanya.

KUBU Simpanan Him Hinshar di Homs, yang didakwa pusat simpanan senjata kimia Syria. - Agensi
KUBU Simpanan Him Hinshar di Homs, yang didakwa pusat simpanan senjata kimia Syria. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 April 2018 @ 2:11 AM