WARTAWAN Palestin, Yaser Murtaja, yang cedera ditembak tentera Israel di Gaza minggu lalu, meninggal dunia di hospital. - Reuters
WARTAWAN Palestin, Yaser Murtaja, yang cedera ditembak tentera Israel di Gaza minggu lalu, meninggal dunia di hospital. - Reuters

Baitulmaqdis: Menteri Pertahanan Israel menuduh wartawan yang mati ditembak tentera Israel ketika membuat perhimpunan besar-besaran penduduk Palestin di Gaza minggu lalu, adalah anggota sayap ketenteraan Hamas.

Namun, dakwaan itu ditolak rakan sekerja Yasser Murtaja yang menganggap ia karut.

Jabatan Negara Amerika Syarikat pula menyatakan syarikat media Yasser, Ain Media, diluluskan untuk menerima dana USAID.

Yaser, 30, adalah jurukamera syarikat yang ditubuhkannya. Gambar selepas dia ditembak menunjukkan Yasser terbaring di atas pengusung memakai jaket biru dengan tulisan ‘PRESS.’

Menurut seorang pegawai Amerika, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) meluluskan bantuan AS$11,700 kepada Ain Media bulan lalu, berbentuk bantuan teknikal dan peralatan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Heather Nauert, berkata Yasser melepasi tapisan garisn panduan kerajaan Amerika.

Menteri Israel itu, Avigdor Lieberman, bekrata Yasser ‘adalah pengganas yang bersekutu dengan Hamas’ dengan mendakwa mangsa berpangkat setaraf kapten.

Menurutnya, wartawan itu dibayar oleh Hamas sejak 2011 dan menggunakan dron bagi mengumpul maklumat tentera Israel di sempadan namun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti.

Tentera Israel pula tidak menyatakan Yasser memang disasarkan atau ditembak secara tidak sengaja.

Bersama Ain Media, hasil kerja Yasser disiarkan Al Jazeera dan media China, Ai Weiwei.

Pengarah dan pengasan bersama Ain Media, Rushdi Al-Serraj, berkata Yasser sudah bertahun-tahun bekerja dalam media dan menghasilkan rakaman untuk PBB, China dan pihak lain. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 6:14 AM