Seorang remaja Palestin dibantu selepas mengalami kecederaan di Jabalia dekat sempadan Gaza dengan Israel. FOTO AFP
Seorang remaja Palestin dibantu selepas mengalami kecederaan di Jabalia dekat sempadan Gaza dengan Israel. FOTO AFP
Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terkorban dan lebih 50 lagi cedera akibat ditembak tentera rejim Zionis, ketika ribuan memulakan bantahan enam minggu di sepanjang sempadan Gaza dengan Israel, hari ini.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh, ialah petani di Gaza yang maut terkena peluru kereta kebal Israel di selatan Semenanjung Gaza, pada sebelah pagi.

Mangsa kedua terkorban dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan berpagar itu, pada sebelah petang.

Menurut jurucakap tentera Israel di selatan Gaza, kedua-dua mangsa ditembak kerana menghampiri pagar keselamatan.

Ketegangan memuncak sepanjang sempadan kerana bantahan itu yang diadakan berkebetulan dengan sambutan Good Friday oleh penduduk Yahudi dan Kristian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 7:28 PM