Majikan berang bertindak memarahi dan memukul amah di Hong Kong. FOTO fail FB/South China Morning Post (SCMP)
Majikan berang bertindak memarahi dan memukul amah di Hong Kong. FOTO fail FB/South China Morning Post (SCMP)
Agensi

VIDEO tular menunjukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia dimarah, dipukul dan diugut majikannya disiasat oleh polis Hong Kong, semalam.

Dalam klip video dimuat naik ke akaun Facebook Time News International, wanita warga emas berbahasa Kantonis itu dilihat bertengkar dengan pembantu rumah terbabit sebelum mencekak lehernnya dan mencekup mulutnya.

Klip dilihat lebih 290,000 kali itu membawa kepada penangkapan seorang wanita berusia 79 tahun di Wong Tai Sin, New Kowloon bagi siasatan serangan dan ancaman jenayah.

Video 12 minit menunjukkan warga emas terbabit bertengkar dengan pembantu berusia 35 tahun itu selepas menegur hasil kerjanya tidak memuaskan.

Dia bagaimanapun membalas majikannya dalam bahasa Kantonis mengatakannya gila dan memang sengaja mencari salahnya.

Tindakannya yang dianggap biadab itu menyebabkan majikannya menggoncang badan lalu berkata: “€œSaya mahu membunuh kamu. Biar saya mati bersama kamu. Kamu sengaja mahu menaikkan darah saya.”€

Dia terus menampar pembantu terbabit yang menjawab ‘saya pun tidak sukakan kamu.’

Pertengkaran berterusan apabila majikan menuduh pembantunya sengaja tidak mahu berhenti kerana boleh mendapat pampasan jika dipecat.

Sebelum meninggalkan bilik, majikannya berkata: “€œMahu saja saya kelar kamu sampai mati jika tidak kerana boleh dipenjara.”€

Pengguna Facebook rata-rata menyelar video berkenaan dengan ramai menganggap majikannya kejam dan perlu dilapor kepada polis.

Bagaimanapun, seorang pengguna Internet berkata: “€œKedua-duanya sama saja. Si pembantu tidak habis-habis menjawab namun majikan itu juga salah kerana tidak mampu mengawal kemarahannya.

“Apapun itu adalah penderaan fizikal mengikut undang-undang Hong Kong. Bagaimanapun, sukar membuat penilaian kerana video ini terlalu singkat.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 4:11 PM