DAVID dan isterinya, Louise Turpin (tengah)  bersama  13 anak mereka. - Agensi
DAVID dan isterinya, Louise Turpin (tengah) bersama 13 anak mereka. - Agensi
Reuters

Los Angeles: Lebih AS$500,000 (RM1.95 juta) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi membantu 13 beradik yang dipukul, didera dan dikurung kedua-dua ibu bapa mereka.

David Turpin, 57, dan isterinya, Louise, 49, bakal dibicarakan hari ini di mahkamah di Riverside, kira-kira 97 kilometer dari sini atas pelbagai tuduhan melakukan penyeksaan, penderaan kanak-kanak dan penahanan salah.

Kempen kutipan derma itu dianjurkan orang ramai selepas polis menyerbu kediaman pasangan itu dan menyelamatkan semua mangsa yang dikurung dengan kejam pada 14 Januari lalu.

"Tidak lama selepas polis menyerbu kediaman itu, Yayasan Sistem Kesihatan Universiti Riverside yang mengetuai kempen kutipan derma, menerima sumbangan untuk kanak-kanak berusia antara dua tahun hingga 29 tahun terbabit.

Orr berkata, sumbangan turut diterima daripada penderma dari Jerman dan Australia.

Sementara itu, David dan Louise Turpin yang menghadapi lebih 24 pertuduhan berdepan hukuman penjara antara 94 tahun atau seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 4:52 AM