Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah tanah runtuh di Cijeruk, Jawa Barat, semalam. - EPA
Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah tanah runtuh di Cijeruk, Jawa Barat, semalam. - EPA
AFP

Jakarta: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan dua hilang akibat tanah runtuh berikutan banjir yang melanda wilayah sekitar Jakarta, semalam.

Mayat tiga mangsa sudah dikeluarkan dari bawah runtuhan tanah di sebuah perkampungan di Bogor, selatan Jakarta.

Ratusan pekerja penyelamat, termasuk anggota tentera, polis dan penduduk menggali runtuhan bagi mencari mangsa yang tertimbus.

Dalam kejadian dekat lapangan terbang, wanita 24 tahun berjaya diselamatkan pagi semalam, selepas 14 jam terperangkap dalam keretanya yang ditimpa tanah runtuh selepas dinding penahan tebing di tepi jalan runtuh.

Bagaimanapun, seorang lagi wanita dalam kereta berkenaan meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.

Ribuan penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara selepas hujan lebat melanda Jakarta yang mempunyai 30 juta penduduk sejak kelmarin.

Gabenor bandar raya itu, Anies Baswedan, berkata, lebih 6,500 dipindahkan dari kawasan yang terjejas teruk, terutama di timur dan selatan Jakarta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2018 @ 10:01 AM