SIASATAN dijalankan di lokasi kejadian letupan di pasar raya di Saint Petersburg. FOTO AFP
SIASATAN dijalankan di lokasi kejadian letupan di pasar raya di Saint Petersburg. FOTO AFP
AFP

KEJADIAN letupan bom buatan sendiri di pasar raya di Saint Petersburg yang menyebabkan 10 orang cedera semalam, kini disiasat sebagai cubaan membunuh.

Jurucakap Jawatankuasa Siasatan Russia, Svetlana Petrenko, berkata, berdasarkan maklumat awal, letupan daripada objek tidak dikenal pasti berlaku di dalam stor.

“Siasatan akan melihat semua kemungkinan punca kejadian terbabit dan kita memulakan siasatan atas cubaan membunuh,” katanya dalam kenyataan.

Letupan itu berpunca daripada peranti buatan sendiri dengan kuasa menyamai 200 gram TNT.

Ketua Unit Siasatan Saint Petersburg, Alexander Klaus berkata, 10 orang dimasukkan ke hospital tetapi mereka tidak berada dalam keadaan bahaya.

kepada agensi berita Russia.

Kejadian berlaku selepas bandar itu digegarkan dengan pengeboman kereta api bawah tanah, April lalu yang mengorbankan 16 orang.

Sementara itu, Galina Gustova, 58, yang melalui kawasan itu sempat menyaksikan detik cemas terbabit.

“Amat dasyat sekali! Ia berlaku ketika orang ramai sibuk membeli-belah sempena musim cuti. Mujur tidak ada yang maut,” katanya.

tamat

#kw jenayah, cubaan bunuh, letupan pasar raya

#loc 59.934280200000003, 30.335098599999998

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 1:19 PM