Kepulan asap dari ini pejabat polis Afghanistan di Gardez, wilayah Paktia, Selasa lalu. - Foto REUTERS
Kepulan asap dari ini pejabat polis Afghanistan di Gardez, wilayah Paktia, Selasa lalu. - Foto REUTERS
AFP

TALIBAN yang mula melancarkan serangan besar-besaran di Afghanistan April lalu, kini meningkatkan serangan dengan mensasarkan terus kedudukan tentera serta polis yang mengakibatkan korban besar.

Selepas 16 tahun perang, Taliban tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti sebaliknya meningkat serangan terhadap pasukan keselamatan kerajaan di negara yang terjejas teruk akibat peperangan itu.

Korban dalam kalangan tentera dan polis Afghanistan amat besar sejak tentera NATO diketuai Amerika Syarikat menamatkan operasi pada 2014.

Pada 2016, jumlah korban pasukan keselamatan Afghanistan meningkat 35 peratus dengan 6,800 tentera dan polis terbunuh. Angka bagi 2017 belum diumumkan namun dianggar tetap tinggi berikutan banyak serangan besar tahun ini.

Dalam serangan terbaru hari ini, Taliban melancarkan dua serangan menyebabkan 43 tentera terbunuh menjadikan jumlah korban minggu ini sahaja meningkat kepada 120 orang.

Taliban menyerang pangkalan tentera di Chashmo, daerah Maiwand, di Kandahar, menggunakan Humvee sarat dengan bahan letupan merempuh masuk.

Pangkalan itu musnah sama sekali.

Dalam serangan kedua, Taliban mensasarkan ibu pejabat polis di Gardez, bandar utama wilayah Paktia, hari ini, serangan kedua dalam minggu ini, menyebabkan dua terbunuh. Dalam serangan Selasa lalu, 20 terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 8:20 PM