GAMBAR hiasanILAL
GAMBAR hiasanILAL
Reuters

HANYA 33,167 bayi dilahirkan di Singapura tahun lalu, malah ia lebih rendah berbanding jumlah kelahiran pada 2015 iaitu 33,725 orang walaupun kerajaan menyediakan insentif bagi menggalakkan rakyatnya mempunyai ramai anak.

Jabatan Statistik Singapura hari ini, menyatakan kadar kelahiran pada 2016 itu masih di bawah purata kelahiran 10 tahun.

Menurut Bank Dunia, Singapura mempunyai kadar kelahiran keempat terendah di dunia pada 2015.

Kerajaan menyediakan skim insentif kelahiran pada 2015 dengan memberi wang tunai S$10,000 (RM31,059) kepada ibu bapa baru dan memberi keutamaan perumahan awam kepada pasangan berkahwin.

Statistik terbaru itu menunjukkan populasi keseluruhan Singapura meningkat 0.1 peratus kepada 5.61 juta pada Jun tahun ini, paling perlahan dalam tempoh 10 tahun. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 11:08 PM