Agensi

AKTOR terkenal Tom Cruise dilaporkan cedera semasa penggambaran filem sikuel, Mission: Impossible 6 di London semalam.

Cruise, 55, yang gemar melakonkan sendiri aksi lagak ngeri dilihat berjalan terhincut-hincut selepas melompat dari sebuah pelantar ke bumbung bangunan yang jaraknya kira-kira lima meter.

Beliau yang berlatih bertahun-tahun untuk melakonkan aksi lagak ngeri untuk filem-filem lakonannya sebelum itu berjaya melonjakkan badannya, bagaimanapun gagal mendarat kemas di bumbung bangunan berkenaan.

Tubuhnya seakan-akan ‘terhempas’ ke bucu bangunan terbabit sebelum beliau memanjat ke bumbung untuk meneruskan aksi selanjutnya dalam keadaan kesakitan.

Beliau bagaimanapun meminta penggambaran dihentikan.

Cruise adalah aktor Hollywood yang gemar melakukan sendiri aksi lagak ngeri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 10:51 AM
Turutan gambar semasa Cruise membuat lompatan sebelum dilihat memanjat bumbung bangunan itu dalam keadaan menahan kesakitan. FOTO Agensi
Turutan gambar semasa Cruise membuat lompatan sebelum dilihat memanjat bumbung bangunan itu dalam keadaan menahan kesakitan. FOTO Agensi