HARNI (dua dari kanan) diiringi  polis ketika dibawa ke ibu pejabat polis Palembang semalam. - Sripoku.com
HARNI (dua dari kanan) diiringi polis ketika dibawa ke ibu pejabat polis Palembang semalam. - Sripoku.com

Palembang: Seorang wanita ditahan polis semalam kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang juga anak angkatnya.

Harni yang bekerja sebagai pengumpul barang kitar semula ditahan beberapa hari selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku dakwaan mangsa benar dan dia melakukan hubungan seks dengan remaja itu sebanyak lapan kali.

“Mangsa selalu tidur di rumah saya kerana dia anak angkat saya.

“Benar saya lakukan perkara itu (mencabul mangsa). Sudah lapan kali saya melakukannya sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, ketua polis Palembang, Wahyu Bintono Hari Bawono memberitahu, Harni dinamakan suspek kes pencabulan terhadap kanak-kanak bawah umur.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah wanita itu berdepan hukuman penjara 15 tahun.

“Harni memberi alasan dia melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur itu kerana sayang.

“Dia juga bersedia berkahwin dengan remaja berkenaan sekiranya keluarga mangsa bersetuju,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 10:52 AM