Orang ramai membantu mangsa yang cedera akibat serangan bom depan sebuah bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan, hari ini. - Foto AFP
Orang ramai membantu mangsa yang cedera akibat serangan bom depan sebuah bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan, hari ini. - Foto AFP
AFP

SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh akibat letupan bom kereta dekat sebuah bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan, hari ini, ketika kakitangan kerajaan beratur mengambil gaji menjelang Aidilfitri.

Kira-kira 50 lagi cedera dalam serangan terhadap New Kabul Bank dan setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Jurucakap pihak berkuasa, Omar Zwak, berkata mereka yang terbunuh ialah orang awam serta anggota tentera dan menjangka jumlah korban meningkat.

Bom itu meletup ketika kakitangan awam dan tentera berbaris di luar bank bagi mengambil gaji untuk menyambut Aidilfitri Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 5:47 PM