MENARIK perincian pada ruang kafe.
MENARIK perincian pada ruang kafe.
Nurul Husna Mahmud

Rimbunan bunga berwarna ungu berselang-seli dengan merah jambu menghiasi segenap ruang Flora Kafe di Ampang menerbitkan suasana romantis buat pasangan untuk menjamu selera.

Penulis tidak menyangka restoran menampilkan hiasan bertemakan dalam taman itu terletak dalam pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Perincian dekorasi yang meriah selain mempunyai ruang persendirian jika mahukan privasi, restoran terbabit antara destinasi menjamu selera yang perlu dikunjungi bersama pasangan mahupun kenalan.

Restoran yang mampu memuatkan sekitar 100 tetamu dalam satu masa itu menampilkan kejutan lain menerusi pilihan menu dengan hidangan tradisional Johor selain sajian barat.

Justeru anak Johor yang rindukan sajian seperti mi bandung, asam pedas, laksa Johor selain air satira boleh mencuba resipi warisan turun temurun keluarga pemiliknya, Fauzyah Razib.

FAUZYAH menampilkan resipi keluarga.
FAUZYAH menampilkan resipi keluarga.

Kata Fauzyah, menu ditampilkan mempunyai memori mendalam kerana ia sajian yang sering dinikmati ketika pulang ke kampung.

“Resipi ini warisan nenek yang diturunkan kepada ibu saudara dan saudara lain sebelah bapa.

“Boleh dikatakan saya membesar dengan masakan nenek dan ingin berkongsi pula keenakan hidangan ini supaya lebih ramai dapat merasainya.

“Secara mudahnya mereka yang merindui hidangan tradisional Johor boleh menikmatinya di sini. Kuah pekat dihasilkan mengikut resipi keluarga.

MENARIK sajian bebola daging.
MENARIK sajian bebola daging.

“Kami berusaha menampilkan keaslian dalam resipi tetapi kelainan ialah persembahannya mengikut gaya ‘fine dining’ supaya tampak lebih menarik.

“Ia sesuai dengan tatarias ruang kafe iaitu menggunakan konsep ala taman yang biasa dilihat dalam majlis perkahwinan bagi menyuntik elemen romantis.

“Biasa yang berkunjung ke kafe ini ialah pasangan mahu meraikan hari penting selain ada juga datang untuk mengimbas kisah cinta mereka.

SAJIAN pasta antara perlu dicuba.
SAJIAN pasta antara perlu dicuba.

“Kami juga menyediakan pakej hidangan yang boleh disesuaikan mengikut tema sama jika pelanggan mahu meraikan majlis tertentu,” katanya.

Bagi penulis, sukar untuk menolak hidangan tradisional yang dinikmati ketika kecil dulu seperti ubi kayu dan cucur udang disajikan bersama sambal tumis.

Kata Fauzyah, pada musim tertentu ada sajian tradisional termasuk tempe goreng bersama sambal kicap serta nasi beriani mengikut permintaan majlis.

Ismail Sabri ketika menyampaikan ucapan pembukaan Canton Fair Ke-130 secara maya hari ini.
Ismail Sabri ketika menyampaikan ucapan pembukaan Canton Fair Ke-130 secara maya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Ogos 2018 @ 1:01 AM