MENURUT Chub kerana terlalu sibuk membina kerjaya dia lalai untuk membawa ibunya yang ketika itu masih sihat bercuti.
MENURUT Chub kerana terlalu sibuk membina kerjaya dia lalai untuk membawa ibunya yang ketika itu masih sihat bercuti.
GAMBAR ini dirakam Chub ketika dia bercuti di Shibuya, Jepun.
GAMBAR ini dirakam Chub ketika dia bercuti di Shibuya, Jepun.
HASIL suntingan yang teliti menjadikan gambar ini kelihatan sempurna.
HASIL suntingan yang teliti menjadikan gambar ini kelihatan sempurna.
CHUB sering berharap diberi peluang untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara.
CHUB sering berharap diberi peluang untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara.
CHUB berkata, ibunya terharu setiap kali melihat gambar yang disunting itu seperti gambar di Ladakh, India ini.
CHUB berkata, ibunya terharu setiap kali melihat gambar yang disunting itu seperti gambar di Ladakh, India ini.
CHUB menyesal kerana tidak pernah membawa ibunya bercuti. Gambar ini dirakam ketika dia bercuti di Cape Town.
CHUB menyesal kerana tidak pernah membawa ibunya bercuti. Gambar ini dirakam ketika dia bercuti di Cape Town.
IBUNYA terlalu tua untuk keluar negara, jadi Chub menyunting gambar ibunya seolah-olah dia bercuti di Shirakawa-go, Jepun.
IBUNYA terlalu tua untuk keluar negara, jadi Chub menyunting gambar ibunya seolah-olah dia bercuti di Shirakawa-go, Jepun.
CHUB menggunakan perisian Photoshop untuk menyunting gambar ibunya. Gambar ini dirakam ketika dia bercuti di Halllstatt, Austria.
CHUB menggunakan perisian Photoshop untuk menyunting gambar ibunya. Gambar ini dirakam ketika dia bercuti di Halllstatt, Austria.
Agensi

Seorang jurugambar menyunting gambar ibunya untuk diletakkan dalam setiap gambar percutiannya selepas wanita itu terlalu uzur untuk bersama-samanya pergi bercuti.

Chub Nokkaew, 48, menyentuh hati pengguna media sosial selepas dia menggunakan perisian Photoshop untuk meletakkan ibunya yang tidak pernah keluar negara dalam gambar percutiannya.

Lelaki yang tinggal di Bangkok, Thailand itu berkata, dia menyesal kerana tidak pernah berpeluang membawa ibunya, Nang Lom, 85, bercuti.

Katanya, kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan menyebabkan dia tidak boleh membawa ibunya berjalan jauh.

Ibunya yang mula kehilangan pendengaran dan penglihatan serta mengalami kesukaran untuk berjalan kini hanya terperuk di kampungnya di wilayah Phetchaburi.

Chub memberitahu, dia merindui ibunya setiap kali dia berada di luar negara menyebabkan dia menyunting gambar ibunya di lokasi menarik yang dilawatinya.

Suntingan yang dibuat oleh Chub sangat teliti sehingga kelihatan ibunya seperti sama-sama melawat lokasi yang dilawatinya dari Menara Eiffel di Paris hingga ke jambatan di Venice serta di Cape Town dan Tokyo.

Chub yang memiliki sebuah studio di Bangkok itu memberitahu, gambar itu dicipta untuk mengingatkan semua orang untuk membawa ibu mereka bercuti ketika Hari Ibu.

“Ketika muda dan ibu masih kuat bekerja serta mampu bercuti tetapi saya pula sibuk bekerja untuk membina kehidupan yang stabil untuk kesenangan kami berdua.

“Pada Hari Ibu, saya hanya membawanya ke kuil kerana itu saja yang kami mampu.

“Saya menyesal dan sedih setiap kali terkenang perkara itu. Saya berharap dapat memutar kembali masa dan mengubah semuanya supaya ibu boleh melihat tempat yang menarik ini,” katanya.

Ujarnya, setiap kali dia melancong ke luar negara pasti dia berasa sedih kerana ibunya tiada bersama untuk melihat tempat menarik yang dilawatinya.

“Saya berharap orang ramai yang melihat gambar ini akan merancang untuk membawa ibu mereka melancong ke tempat istimewa sebagai menghargai jasanya,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 1:24 AM