BATU, pasir, air dan arang antara pengganti tanah.
BATU, pasir, air dan arang antara pengganti tanah.
Nurul Husna Mahmud


MEMILIKI tumbuhan malar hijau di laman atau dalam kediaman adalah sesuatu yang biasa.

Namun melihat trend kediaman masa kini ada yang tidak punya laman dan ruang yang terhad tapi masih boleh mewujudkan panorama malar hijau.

Konsep ini mula menjadi perhatian peminat dekorasi untuk membawa 'taman' ke dalam rumah dalam membantu mewujudkan persekitaran 'healing.'

Meskipun idea itu unik dan menarik, ramai 'keberatan' kerana berfikiran tumbuhan selalunya menggunakan medium tanah dan tanah meskipun berada kemas dalam pasu masih tidak sesuai diletakkan dalam rumah.

Tahukah anda, ada tumbuhan atau pokok yang boleh hidup tanpa atau penggunaan medium tanah minimum? Secara peribadi, tumbuhan berkenaan boleh dijadikan penyelesaian untuk mereka yang inginkan suasana malar hijau dalam rumah.

Berikut antara alternatif tumbuhan boleh difikirkan untuk dekorasi dalam rumah atau ruang balkoni yang terhad.

DALAM rumah lebih sesuai tanaman tanpa medium tanah.
DALAM rumah lebih sesuai tanaman tanpa medium tanah.

1.Tumbuhan udara

Tumbuhan udara yang juga dikenali sebagai tillandsia adalah tumbuhan yang sangat menarik dan tidak mempunyai sistem akar tradisional atau tidak memerlukan sebarang tanah sama sekali.

Terdapat lebih 600 spesies tumbuhan udara dan semuanya menyerap air dan nutrien melalui daunnya.

Memadai semburan air sekali atau dua kali seminggu untuk memastikan mereka gembira.

Malah tumbuhan ini juga mudah diselenggara dan tidak remeh penjagaannya selain menjadi penapis udara semula jadi dalam rumah.

Contoh tumbuhan jenis ini ialah lumut sepanyol atau nanas.

POKOK lumut Sepanyol tidak memerlukan medium tanah.
POKOK lumut Sepanyol tidak memerlukan medium tanah.

2. Tumbuhan sukulen

Tumbuhan ini memiliki ciri-ciri batang dan daun tebal kerana mengandungi banyak air antara tanaman sesuai untuk landskap tidak menggunakan tanah.

Ciri-ciri tumbuhan itu yang hidup dalam persekitaran ekstrim seperti padang pasir kering kadang-kala hanya memerlukan pasir atau batu untuk hidup.

Sukulen juga memiliki banyak variasi atau spesies baik segi bentuk dan warna menjadikan landskap rumah baik dalam atau luar menarik.

Hanya perlukan menyiramnya sekali seminggu dan ia akan tumbuh subur. Antara sukulen popular termasuk echeveria, kaktus pincushion, sedum morganianum dan keluarga aloe vera.

TAMAN Vertikal juga boleh disuntik dengan elemen bertema seperti Jepun (Zen) dengan elemen kolam air daripada batu semula jadi.
TAMAN Vertikal juga boleh disuntik dengan elemen bertema seperti Jepun (Zen) dengan elemen kolam air daripada batu semula jadi.

3. Sesetengah tumbuhan hiasan boleh tumbuh subur tanpa sebarang tanah

Tumbuhan hiasan klasik seperti philodendron, buluh dan orkid boleh ditanam dalam pasu atau bekas dengan hanya sedikit medium tumbuh dan air di bahagian bawah.

Media tumbuhan yang boleh dibuat daripada bahan seperti pasir atau kerikil halus, menyokong dan menahan akar.

Sementara air pula membekalkan nutrien yang diperlukan tumbuhan untuk membesar.

Tumbuhan dalaman atau 'indoor plant' lain yang tidak memerlukan sebarang tanah ialah bunga hyacinth, paperwhite dan lucky bamboo.

MENARIK pokok hiasan hidup menggunakan air.
MENARIK pokok hiasan hidup menggunakan air.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2023 @ 6:20 AM