GERBANG memberi gambaran awal mengenai rekaan taman.
GERBANG memberi gambaran awal mengenai rekaan taman.
REKAAN gerbang unik menjadi penarik taman.
REKAAN gerbang unik menjadi penarik taman.
Nurul Husna Mahmud


GERBANG bukan sekadar aksesori bagi taman atau sesuatu landskap semata-mata, ia memberi gambaran kepada keseluruhan konsep laman itu.

Bagi sesetengah tempat ia dipanggil 'pelengkungan' merujuk kepada binaan itu yang memiliki bahagian terbuka dan melengkung di bahagian atasnya.

Rekaan gerbang tipikal selalunya berbentuk membulat atau membujur atau tajam mahupun menegak mengikut konsep landskap terbabit.

Terdapat pelbagai rekaan gerbang boleh dibina dalam memberi visual menarik kepada pengunjung sebelum mengunjungi segenap taman.

Berikut beberapa rekaan gerbang digunakan dalam menceriakan laman atau landskap taman:

GERBANG dari besi atau logam sesuai untuk ruang masuk terhad.
GERBANG dari besi atau logam sesuai untuk ruang masuk terhad.

1. Gerbang material logam

Gerbang logam sesuai untuk laman atau ruang laluan masuk taman yang sempit kerana strukturnya lebih halus dan ringan.

Malah rekaan gerbang logam boleh tampil dengan perincian pelbagai termasuklah perincian itu sendiri dengan kerja-kerja tangan kimpalan atau diserikan dengan tanaman memanjat seperti Cissus nodosa atau Sandpaper vine.

Biasanya proses pemasangan pintu gerbang logam mudah kerana ia berdasarkan pembuatan kimpalan dan dipasang dengan cara menanam atau dipasang pada struktur lain.

Keburukan rekaan ini ialah perlu ada kerja penyelenggaraan sama ada mengecat untuk elak ia berkarat.

KAYU memberi sentuhan semula jadi.
KAYU memberi sentuhan semula jadi.

2. Gerbang kayu

Unsur semula jadi itu membuatkan taman tampak lebih harmoni dan menyenangkan. Pemilihan kayu selain rekaan membuatkan ia utuh di bahagian laluan utama.

Cumanya kayu lebih mudah reput dan perlu ada perawatan dalam memastikan ia berdaya tahan. Tetapi dari sudut estetika, kayu tampak lebih menonjol apatah lagi dengan ciri-ciri iranya membuatkan ia tampak organik.

Namun untuk cabaran kayu ialah kekangan bentuk terutama memerlukan lengkungan. Tetapi tidak bermaksud tidak boleh kreatif dengan bentuk petak atau piramid yang cantik.

KONKRIT mudah menghasilkan bentuk.
KONKRIT mudah menghasilkan bentuk.

3. Material konkrit atau batu

Konsep gerbang ini banyak dilihat pada taman-taman Eropah apabila cukup terkesan dengan seni bina Rom.

Malah konsep klasik menggabungkan gerbang ini dengan hiasan arca menjadikan ia unik bukan sahaja dalam gambar malah dinikmati halwa mata.

Cabaran rekaan ini adalah proses pembinaan lebih rumit bagi memastikan struktur itu selamat sebaik pengunjung melaluinya.

Biasanya memerlukan ruang yang lebih besar berbanding besi atau kayu dalam memastikan ia stabil.

Kelebihan pula ialah penggunaan konkrit boleh menghasilkan bentuk melengkung yang mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 6:20 AM