CIRI eksentrik dalam rekaan membuat Bethan menonjol.
CIRI eksentrik dalam rekaan membuat Bethan menonjol.
TATU arkitek melihat potensi wanita dalam sektor pembinaan.
TATU arkitek melihat potensi wanita dalam sektor pembinaan.
RUANG bersosial antara keperluan diutarakan penghuni.
RUANG bersosial antara keperluan diutarakan penghuni.
REKAAN Bethan dipamerkan dalam Nilufar Galeri di Milan.
REKAAN Bethan dipamerkan dalam Nilufar Galeri di Milan.
Nurul Husna Mahmud


DALAM dunia rekaan seni bina dan hiasan dalaman selalu dipelopori arkitek atau pereka lelaki.

Sedangkan terdapat juga pencapaian dan sumbangan arkitek atau pereka wanita yang luar biasa.

Tidak terkecuali Sandhya Naidu Janardhan dan Bhawna Jaimini yang banyak menggunakan kepakaran mereka dalam mereka struktur bangunan dapat meningkatkan kualiti hidup komuniti yang memerlukan.

Mereka adalah arkitek yang memiliki tekad kuat menggunakan pengetahuan dalam seni bina dan rekaan untuk mempromosi kesaksamaan serta kesamarataan semua golongan.

Antaranya ialah menerusi projek Rumah Niramay, rumah untuk perlindungan pekerja seks dan anak mereka di pekan Shevgaon di daerah Ahmednagar, India.

Projek terbabit bermula dengan peringkat rekaan pada November dan pembinaan pada Disember 2017.

Mengambil kira 'input' daripada proses reka bentuk menggabungkan ciri-ciri khusus yang diminta oleh golongan sasaran, seperti pintu masuk belakang dan ruang komuniti.

Proses pembinaan termasuk penggunaan bahan seperti botol kaca untuk membolehkan cahaya semula jadi disaring sebelum masuk ke dalam ruang komuniti. Dalam tempoh tiga bulan, ruang itu sedia untuk digunakan.

BUILDHER memperkasakan penyertaan wanita.
BUILDHER memperkasakan penyertaan wanita.

Sementara di Kenya yang mana satu organisasi sosial, Buildher pula memperkasakan pembabitan wanita dalam kerja sektor pembinaan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Buildher, Tatu Gatere juga pengamal arkitek berpengalaman lebih 13 tahun.

Sumbangan Tatu lebih besar apabila berganding bahu dengan pasukannya bagi memastikan wanita yang mempunyai akreditasi dalam kemahiran pembinaan menerima layanan sama seperti lelaki terutama dalam jurang pendapatan.

SANDHYA (kiri) dan Bhawna menggunakan kemahiran untuk bantu komunitinya.
SANDHYA (kiri) dan Bhawna menggunakan kemahiran untuk bantu komunitinya.

Bagi pereka wanita lain yang dilihat berada dalam kelas tersendiri ialah Bethan Laura Wood.

Pereka dari London itu juga memiliki kaedah luar biasa dalam menonjolkan eksentrik setiap karyanya termasuk perabot.

Paling terkenal kabinet Meisen dan juga rekaan lampu hiasan dipamer di Nilufar Gallery, Milan, Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 6:40 AM