JIKA inginkan tanaman hiasan lebih berwarna-warni, pokok bunga kertas adalah pilihan yang sesuai.
JIKA inginkan tanaman hiasan lebih berwarna-warni, pokok bunga kertas adalah pilihan yang sesuai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TUMBUHAN hijau dan pokok bunga adalah dua elemen penting dalam melengkapkan penataan landskap halaman rumah.

Ia bukan sekadar mengindahkan lagi kawasan sekitar kediaman malah turut memberi ketenangan kepada penghuninya.

Terdapat banyak spesies pokok bunga dan tumbuhan hijau yang boleh dijadikan pilihan namun. Salah satunya adalah bunga ros Jepun.

Ia biasanya mula mengembang pada sebelah pagi selain kaedah penanaman dan cara penjagaan juga mudah.

Jika inginkan tanaman hiasan yang lebih berwarna-warni, pokok bunga kertas pula antara pilihan yang sesuai.

Ia memang menjadi pilihan ramai kerana mudah dijaga dan senang tumbuh.

Selain itu, pokok bunga kertas terdapat banyak pilihan warna seperti kuning, ungu, putih, merah jambu dan sebagainya.

Namun kekurangannya adalah anda perlu rajin membersihkan kawasan pokok setiap kali bunganya gugur kerana ia boleh merosakkan pemandangan.

Bagi penggemar tanaman hiasan juga, pokok daun semun atau juga dikenali dengan nama Bird's Nest Fern antara tumbuhan hijau yang digemari ramai.

Semakin besar pokok itu, semakin berkembang daunnya sehingga nampak sungguh mekar.

BUNGA ros Jepun mula mengembang pada sebelah pagi selain kaedah penanaman dan cara penjagaan juga mudah.
BUNGA ros Jepun mula mengembang pada sebelah pagi selain kaedah penanaman dan cara penjagaan juga mudah.

Ia secara semula jadinya boleh tumbuh di permukaan tumbuhan lain dan di habitat asalnya iaitu hutan hujan tropika. Malah ia antara tumbuhan yang boleh tumbuh dengan tinggi di celah-celah pokok.

Begitu juga dengan pokok bunga cenderawasih tidak ketinggalan berada dalam senarai antara spesies bunga yang digemari di negara ini.

Bunga daripada genus heliconia itu turut dikenali dengan nama 'strelitzia,' 'birds of paradise', bunga bangau atau sepit udang.

Terdapat dalam empat spesies utama iaitu Strelitzia caudata, Strelitzia nicolai, Strelitzia juncea, Strelitzia reginae namun, hanya Strelitzia reginae yang sesuai ditanam sebagai hiasan di halaman rumah.

Dalam pada itu, pokok keladi daripada spesies Caladium yang sebelum ini viral dengan harga yang melambung tinggi juga popular dalam kalangan suri rumah di Malaysia.

Biarpun tiada bunga namun keunikan gabungan warna dan corak daunnya memberi tarikan tersendiri.

Sebelum keladi, pokok lidah mentua atau snake plant pernah menjadi viral dan harganya turut mencecah ribuan ringgit satu pasu.

POKOK bunga cenderawasih atau sepit udang khususnya spesies Strelitzia reginae antara tanaman
POKOK bunga cenderawasih atau sepit udang khususnya spesies Strelitzia reginae antara tanaman

Sementara itu, pokok lidah buaya juga tanaman hijau yang sering menghiasi halaman rumah.

Pokok yang sesuai ditanam di dalam pasu untuk menyerikan ruang halaman ataupun balkoni rumah itu juga mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan penjagaan kecantikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2022 @ 6:08 AM