BALKONI juga boleh diubah suai untuk menjadi ruang pejabat mini di rumah.
BALKONI juga boleh diubah suai untuk menjadi ruang pejabat mini di rumah.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Balkoni atau anjung kecil pada rumah bertingkat adalah ruangan yang paling jarang dimaksimumkan penggunaannya.

Segelintir pemilik rumah juga hanya menjadikan balkoni sekadar tempat untuk menyidai pakaian dan meletakkan barangan yang tidak diperlukan.

Ia memang merugikan kerana tidak kira kecil atau besar, ruang balkoni sepatutnya perlu digunakan sepenuhnya.

Antara sebab utama mengapa ramai masyarakat di negara ini tidak menggunakan sepenuhnya ruang balkoni adalah kerana faktor cuaca panas.

Tiada siapa yang sanggup berpanas di balkoni semata-mata untuk memenangkan fikiran, jadi ia bukan tempat sesuai untuk berehat.

Namun, dengan sedikit kreativiti dan bajet, balkoni sebenarnya boleh diubah menjadi ruang yang selesa bagi seisi keluarga.

Untuk mengatasi masalah kepanasan misalnya, anda boleh memasang tirai pelindung.

HIASAN rumput tiruan dan tanaman boleh mengurangkan kepanasan dan mengindahkan ruang balkoni.
HIASAN rumput tiruan dan tanaman boleh mengurangkan kepanasan dan mengindahkan ruang balkoni.

Ia bukan sahaja dapat meneduhkan kawasan balkoni, malah mewujudkan ruang yang lebih privasi.

Antara pilihan tirai pelindung termasuk langsir, bidai, tarpulin atau kanvas.

Selain itu, disarankan juga menutup penuh ruang balkoni anda dengan tingkap berkaca, terutama untuk keselamatan mereka yang berkeluarga dan ada anak kecil.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan kepanasan balkoni juga boleh dihiasi dengan rumput tiruan serta tanaman pokok atau bunga.

TANAMAN yang mudah dijaga seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan pokok herba juga sesuai ditanam di ruang balkoni rumah bertingkat.
TANAMAN yang mudah dijaga seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan pokok herba juga sesuai ditanam di ruang balkoni rumah bertingkat.

Ramai yang semakin sudah menyedari kepentingan tumbuhan hijau untuk rumah, ia bukan sahaja mencantikkan ruang dan memperbaiki pengudaraan, tetapi juga boleh meningkatkan tahap tumpuan penghuninya.

Tanaman yang mudah dijaga seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan pokok herba juga sesuai ditanam di ruang balkoni rumah bertingkat.

Jika rumah memiliki ruang balkoni yang luas, anda boleh ambil inisiatif mengubahnya menjadi tempat permainan anak-anak yang menakjubkan.

Pastinya si kecil gembira memiliki tempat bermain mereka sendiri dan ibu bapa juga selesa kerana tidak mengganggu ruang dalaman rumah yang ada.

ATASI masalah kepanasan di balkoni dengan memasang tirai pelindung sama ada langsir, bidai, tarpulin atau kanvas.
ATASI masalah kepanasan di balkoni dengan memasang tirai pelindung sama ada langsir, bidai, tarpulin atau kanvas.

Sementara itu, semakin ramai yang bekerja dari rumah, salah satu norma baharu yang masyarakat amalkan hari ini.

Tetapi, bukan semua memiliki ruang yang selesa untuk bekerja dari rumah.

Jadi, apa kata ubah suai balkoni yang tidak digunakan untuk menjadi pejabat kecil di rumah dengan dikelilingi pemandangan luar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 6:20 AM