PENGGUNAAN cermin kaca di dalam bilik air juga dapat membantu memberi ilusi suasana yang lebih terang dan luas.
PENGGUNAAN cermin kaca di dalam bilik air juga dapat membantu memberi ilusi suasana yang lebih terang dan luas.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Keluasan ruang untuk bilik mandi di kebanyakan kediaman masa kini agak kecil dan sempit.

Namun dengan menggunakan tip dekorasi, bilik air sebenarnya boleh kelihatan lebih cantik dan luas. Bilik air yang elok terjaga membuatkan seisi keluarga selesa untuk menggunakannya.

Bagi yang ingin menghias bilik air, terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan antaranya menggunakan warna lembut seperti rona pastel.

Dinding bilik air yang dicat dengan warna lembut seperti gabungan putih dan merah jambu atau putih dan biru misalya bukan sahaja kelihatan luas malah leb ih teratur serta sempurna.

Rona lembut sememangnya tidak pernah menghampakan, ia membawa aura baru pada hiasan bilik air anda. Bagi yang ingin menyerlahkan gaya bilik air yang mewah, pilihlah dekorasibertemakan retro dan klasik.

Selain itu, penggunaan kertas dindingdi bilik air juga dapat menimbulkan 'mood' yang tersendiri.

Berbanding cat, pemasangan kertas dinding pelbagai corak juga lebih mudah dan menjimatkan kos. Dalam pada itu, susun atur yang kemas dalam bilik air sempit juga menjadikannya tampak cukup selesa untuk digunakan.

RONA lembut sememangnya tidak pernah menghampakan.
RONA lembut sememangnya tidak pernah menghampakan.

Elakkan meletakkan terlalu banyak barang di dalam bilik air atau boleh juga pasangkan kabinet yang bertutup.

Untuk mendapatkan ruang yang lebih luas, ruang mandi biasanya diletakkan pada bahagian bucu bilik air dan gunakan pintu kaca untuk menutup ruang berkenaan.

BAGI yang ingin menyerlahkan gaya bilik air mewah, pilihlah dekorasi yang bertemakan retro dan klasik.
BAGI yang ingin menyerlahkan gaya bilik air mewah, pilihlah dekorasi yang bertemakan retro dan klasik.

Penggunaan pintu kaca boleh membantu menjadikan bilik mandi tampak lebih luas dan tidak basah.

Seeloknya, bahagikan ruang bilik mandi kepada dua bahagian iaitu bilik air kering dan mandi basah dengan menggunakan pintu kaca.

RUANG mandi biasanya diletakkan pada bahagian bucu bilik air dan gunakan pintu kaca untuk menutup ruang berkenaan.
RUANG mandi biasanya diletakkan pada bahagian bucu bilik air dan gunakan pintu kaca untuk menutup ruang berkenaan.

Jika saiz bilik air kediaman anda terhad, elakkan dari menggunakan tab mandi atau sinki bersaiz besar kerana akan mengambil ruang yang ada.

Penggunaan cermin kaca juga dapat membantu memberi ilusi suasana yang lebih terang dan luas.

Jadi, tidak kira besar atau kecil saiznya, bilik air boleh kelihatan cantik dan selesa jika pemilik kediaman bijak dalam menghiaskannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 6:15 AM