HASILNYA tampak eksklusif walaupun hanya menggunakan kayu biasa.
HASILNYA tampak eksklusif walaupun hanya menggunakan kayu biasa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@mediaprima.com.my


JIKA dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan, dinding terutama di ruang tamu pastinya kelihatanhambar dan membosankan.

Dinding yang menjadi titik tumpuan itu perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengubah suasana sesuatu ruang.

Selain kertas dinding pelbagai warna dan corak, trend dekorasi terkini adalah memasang 'shiplap.'

Ia adalah salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang bagi menampakkan kelainan dengan gabungan cita rasa rustik dan vintaj.

Biarpun kelihatan unik dan mewah tetapi kos sertacara memasangnya tidaklah serumit mana.

POTONG papan mengikut ukuran dan jika tiada alat memotong di rumah, boleh minta kedai perkakasan potongkan.
POTONG papan mengikut ukuran dan jika tiada alat memotong di rumah, boleh minta kedai perkakasan potongkan.

UNTUK mendapatkan jarak yang sama, syiling 50 sen boleh digunakan sebagai panduan.
UNTUK mendapatkan jarak yang sama, syiling 50 sen boleh digunakan sebagai panduan.

Lapisan papan perlu disusun bertingkat dengan sedikit jarak di antara setiap satunya.

Bergantung kepada cita rasa, papan boleh disusun dalam keadaan melintang atau pun menegak, iadapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.

Selain di dalam kediaman, hiasan shiplap juga menarik dipasang di luar kediaman.

KEMUDIAN cat permukaan papan dengan warna yang dimahukan.
KEMUDIAN cat permukaan papan dengan warna yang dimahukan.

Menurut perkongsian pengguna laman sosial, Mohd Asmawi Che Ghani di facebooknya, hiasan dinding shiplap boleh dipasang sendiri dengan kos yang berpatutan.

Apa yang diperlukan ialah kayu jenis gentian berkepadatan sederhana (MDF) dua keping bersaiz 6 milimeter (mm) dan 1.2 x 2.7 meter (4 x 9 kaki) yang boleh didapati di kedai perkakasan, cat, pelekat(untuk kayu), 'sealant,' pita pelekat danperalatan kelengkapan lain.

Berikut dikongsikan cara pemasangan hiasan dinding shiplap:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 6:18 AM