RUANG santai di laman tepi turut dilengkapi buaian kayu.
RUANG santai di laman tepi turut dilengkapi buaian kayu.
SEBELUM ini konsep Modern Glam yang banyak menggunakan perincian cermin dan kaca.
SEBELUM ini konsep Modern Glam yang banyak menggunakan perincian cermin dan kaca.
MENARIK ruang beranda untuk bersantai.
MENARIK ruang beranda untuk bersantai.
Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro.com.my


GAYA rumah ladang Inggeris yang sederhana dan ringkas menarik perhatian guru Sekolah Menengah kebangsaan Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak ini untuk menzahirkan kediamannya dengan gaya berkenaan.

Sebelum ini Mohd Saiful Bahrin Mohd Rani mengetengahkan konsep moden glamor menerusi penggayaan aksesori material kaca atau cermin selain penggunaan perabot potongan mewah.

Namun beliau mangakui mula jemu dan beralih kepada imej desa yang lebih ringkas.

"Saya sangat berminat dengan kerja-kerja mengubah suai atau dekorasi rumah. Rumah ini diduduki lebih 10 tahun lalu sudah melalui lima proses transformasi termasuk yang terbaharu iaitu gaya rumah ladang Inggeris atau 'farm house' pula menjadi pilihan

"Saya mulakan projek ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama apabila terkurung dan mempunyai banyak masa terluang di rumah.

"Konsep ini sesuai dengan peralihan usia saya yang semakin menginjak angka 40-an yang mahu menikmati kehidupan lebih santai dan tenang seperti mana sesuai dengan konsep rumah ladang Inggeris yang ringkas," katanya.

HIASAN bunga berwarna-warni menyerlahkan lagi konsep laman pada rumah gaya ladang Inggeris.
HIASAN bunga berwarna-warni menyerlahkan lagi konsep laman pada rumah gaya ladang Inggeris.

Tambah Mohd Saiful, cabaran dalam menata rias kediaman itu mengikut spesifikasi atau karakter rumah ladang ala Inggeris, dia perlu 'menenggelamkan' aura dibawa konsep moden glamor terdahulu.

"Konsep rumah ladang ikut kefahaman atau kaji selidik saya menerusi rakan dalam komuniti deko ialah penggunaan panel kayu atau elemen berbentuk gerbang.

"Selain itu penggunaan warna yang lembut seperti warna pastel antara tema yang dekat dengan konsep gaya rumah ladang terbabit.

"Bagi senada dengan konsep kediaman terbabit, saya terpaksa tukar panel dinding yang lebih ringkas. Mujurlah ada kemahiran dan minat dalam kerja bertukang menyebabkan semua proses itu menjadi mudah," katanya.

Bagi menyuntik perubahan besar terhadap ruang kediaman terbabit, Mohd Saiful tidak lupa menyertakan elemen 'shiplap' bagi dinding luar mahupun dalam kediamannya.

PINTU pagar turut menampilkan perincian seperti mana sering dilihat pada rumah gaya Inggeris.
PINTU pagar turut menampilkan perincian seperti mana sering dilihat pada rumah gaya Inggeris.

"Perkara pertama saya lakukan adalah memasang 'shiplap' di luar rumah. Material yang digunakan ialah 'shera plank' iaitu papan tiruan dihasilkan menerusi material simen.

"Saya membuat panel dan memasang menggunakan paku berbanding ramai orang yang menggunakan skru untuk melekap papan tiruan terbabit pada dinding konkrit luar rumah," katanya yang mengakui kerja terbabit mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

Akui Mohd Saiful, dia tidak hanya berpuas hati dengan rekaan itu berada di luar rumah malah turut melakukan kerja-kerja penataan di ruang kediaman bermula dengan dapur.

"Saya melakukan kerja-kerja menata rias ruang dalam atau luar rumah ini sendiri sambil dibantu isteri, Nur Hamizah Atikah Hashim, 32.

"Selepas kerja memasang panel papan tiruan di luar untuk hasilkan 'efek' rumah kayu yang sering nampak pada rumah ladang, saya teruskan projek di dapur pula.

RUANG dapur tampak luas dengan rona hijau pastel dan putih.
RUANG dapur tampak luas dengan rona hijau pastel dan putih.

"Projek di dapur membabitkan kerja-kerja menaik taraf kabinet yang sebelum itu terbuka kepada rekaan kebinet bertutup penuh kerana memikirkan faktor keselamatan anak yang masih kecil.

"Pandemik semuanya berada di rumah dan anak kerap ke dapur, jadi saya dan isteri berasa dapur antara ruang yang perlu diubah suai ketika itu," katanya.

Bagi dapur, material yang lebih ekonomi digunakan Mohd Saiful iaitu gentian berkepadatan sederhana (MDF) dalam menghasilkan kabinet berona hijau pastel.

Pilihan warna itu menyebabkan dapur dalam kediaman terbabit tampak lebih luas.

Kata guru berusia 36 tahun itu lagi, dia membelanjakan sekitar RM10,000. Nilai itu jauh lebih rendah berbanding khidmat mengupah orang yang boleh menelan kos tidak kurang RM20,000 bagi mendapat gaya hampir sama.

KEMASAN sempurna dengan modal ekonomi.
KEMASAN sempurna dengan modal ekonomi.

"Projek transformasi ini masih dalam proses dan ketika ini hanya meliputi kira-kira 60 peratus kerana ada lagi perincian perlu disempurnakan terutama di bahagian dapur, ruang-ruang lain dan luar rumah.

"Ketika ini isteri dalam proses untuk perbanyakkan lagi tanaman bunga-bungaan kerana konsep rumah ladang Inggeris tidak sempurna tanpa landskap penuh dengan bunga.

"Penambahbaikan lain yang saya mahu lakukan dalam tempoh terdekat ialah perincian lantai di laman atau depan rumah dengan 'stamping concrete' atau konkrit bercorak. Ini mampu menyuntik elemen unik pada seni bina berkonsepkan kediaman rumah ladang gaya Inggeris," katanya.

MOHD Saiful memiliki kemahiran pertukangan dan cita rasa unik
MOHD Saiful memiliki kemahiran pertukangan dan cita rasa unik

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 6:20 AM