RUMAH studio mengambil seni bina Melayu apabila adanya serambi.
RUMAH studio mengambil seni bina Melayu apabila adanya serambi.
PEMILIK guna ukiran, motif selain interpretasi semangat dekat dengan alam.
PEMILIK guna ukiran, motif selain interpretasi semangat dekat dengan alam.
Nurul Husna Mahmud


SEJURUS melepasi pintu gerbang Villa Warisan yang terletak di Kampung Delek Baru, Klang, Selangor, penulis rasakan seperti sudah 'terbang' ke Ubud Bali, Indonesia apabila melihat suasananya tidak ubah seperti perkampungan tradisi di sana.

Reka bentuk berinspirasikan seni bina rumah Joglo atau rumah adat Jawa dengan bahagian tengah bumbungnya lebih tinggi.

Jika diperhati secara dekat, kehalusan dan kekemasan kerja-kerja pertukangan rumah kayu itu juga beraras tinggi apabila begitu rapi sehingga tidak terlihat garisan penyambung antara kepingan kayu.

Lebih menarik, rekaan berkenaan sepenuhnya adalah idea pemiliknya, Kamarudin Mohd Anuar yang terlebih dahulu menghasilkan saiz miniatur bagi memudahkannya memberi gambaran sebenar kepada tukang rumah terbabit.

"Rekaan rumah Joglo ini cukup dikenali kerana identitinya termasuk ukiran dan motif selain interpretasi semangat yang dekat dengan alam.

"Elemen lebih sederhana atau minimalis diketengahkan supaya ia sesuai dengan budaya dan agama tempatan.

PEMANDANGAN landskap juga inspirasi Bali.
PEMANDANGAN landskap juga inspirasi Bali.

"Konsep atau reka bentuk itu sahaja saya tiru termasuk latar landskap seperti mana yang dilihat pada rumah Joglo di Ubud. Kemudian saya sesuaikan dengan tapak rumah ini yang memiliki keluasan sekitar 929 meter persegi dengan potongan U," katanya.

Menceritakan konsep berkenaan sebagai pilihan, bapa kepada lima cahaya mata itu menyifatkan rumah konsep Jawa Bali ini seakan-akan 'menyorok' atau 'terasing' dari pandangan luar menyebabkan ia sangat istimewa.

"Saya tertarik kerana ciri-ciri seni bina Jawa Bali ini yang menampilkan elemen 'kejutan' apabila keindahan kediaman tersembunyi di sebalik pintu besar.

"Konsep rumah ini tersorok dari pandangan luar dan sebaik melepasi pintu gerbang serta tembok batu, barulah dapat lihat landskap yang menarik serta seni bina rumah kayu.

"Itu yang saya cuba penuhi apabila turut hasilkan landskap hampir sama seperti laman di rumah Jawa Bali dengan bantuan isteri dan anak," katanya.

RUANG utama turut dilengkapi perabot kayu.
RUANG utama turut dilengkapi perabot kayu.

Katanya, latar landsakp sekitar kediaman itu ditanam dengan tanaman hiasan seperti pokok kemboja, kalatia, heliconia, cemara dan melati.

Lebih unik pasu yang menempatkan tanaman hiasan itu juga ditempah khas bagi menampilkan motif yang berasal dari Jawa Tengah.

Tambah Kamarudin lagi, rumah berkenaan yang mengambil masa dua tahun pembinaannya bermula dari tahun 2016, menggunakan kepakaran pembuat kayu dari Pati Jepara, Jawa Tengah yang cukup tersohor dengan kemahiran pertukangan kayu.

"Rumah ini dibina menggunakan kaedah pasak baji iaitu skil yang dimiliki tukang kayu dari Jepara. Mereka ini mewarisi kemahiran pertukangan dari datuk moyang yang pernah menghasilkan istana Pengeran Mangkubumi.

"Istimewanya mereka ini mahir memproses kayu sendiri termasuk memotong dan mengetam. Bayangkan kayu balak yang kasar dipotong dan diketam sehingga menjadi kepingan papan.

KEMASAN dinding kayu dan perabot seperti kabinet atau almari juga menggunakan kayu Cengal.
KEMASAN dinding kayu dan perabot seperti kabinet atau almari juga menggunakan kayu Cengal.

"Kayu ini bersambung tanpa menggunakan sebarang paku dan disisip seperti bermain permainan lego konsepnya.

"Kebaikannya jika ada bahagian yang rosak, kerja membuka dan memasangan lebih mudah kerana hanya perlu mengeluarkan bahagian yang rosak sahaja," katanya.

Rumah itu juga cukup istimewa apabila menggunakan kayu terpakai iaitu kira-kira 80 peratus cengal emas dan cengal batu diperoleh daripada struktur atau bangunan lama selain merbau serta balau.

"Material atau kayu bagi membina rumah ini juga saya mengambil masa dua tahun untuk kumpul.

"Antaranya kayu dari tapak bangunan lama Ma'ahad Al -Ehya Asshariff yang dipercayai dibina pada tahun 1940.

KAMARUDIN cuba merealisasikan konsep kediaman Jawa Bali di Kampung Delek Klang.
KAMARUDIN cuba merealisasikan konsep kediaman Jawa Bali di Kampung Delek Klang.

"Ada juga kayu yang saya ambil dari sumber yang tertanam dalam air tasik dan dibawa pulang untuk dirawat sebelum dipotong dan dijadikan bahan binaan.

"Istimewanya kayu cengal ini adalah kayu keras yang tegap tetapi mudah dibentuk untuk dijadikan struktur rumah atau perabot," katanya.

Dalam pembinaan villa berkenaan, Kamarudin menggunakan kira-kira 28 tan kayu cengal bagi menyiapkan konsep rumah Jawa Bali dan juga satu unit kediaman bercirikan tradisional tempatan.

Dari segi hiasan dalaman pula kata Kamarudin, dia dibantu isteri dalam melengkapkan hiasan dan juga aksesori supaya menepati konsep Jawa Bali moden.

"Isteri saya banyak menyumbang idea termasuklah menamakan kediaman ini. Perabot juga semuanya daripada kayu. Manakala untuk aksesori seperti lampu pula diimport dari Maghribi.

SENTUHAN klasik dan tata hias pada aksesori seperti lampu.
SENTUHAN klasik dan tata hias pada aksesori seperti lampu.

"Saya dan isteri sebenarnya terpengaruh dengan drama Turki yang mana menceritakan kisah Empayar Uthmaniyyah. Kami lihat dalam set istana itu ada lampu kerawang atau sentuhan klasik," katanya.

Rumah berkenaan turut mempunyai lima bilik dan dilengkapi dengan fasiliti kolam renang untuk beriadah. Terdapat juga dapur luar yang dibina menyerupai dapur tanah liat yang sering dilihat di Eropah.

PINTU gerbang yang menjadi simbolik senibina Jawa Bali.
PINTU gerbang yang menjadi simbolik senibina Jawa Bali.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 6:20 AM