KELEBIHAN mempunyai ruang solat di rumah bantu
KELEBIHAN mempunyai ruang solat di rumah bantu
DEKORASI atau hiasan kaligrafi ayat suci yang ringkas dan tidak menyerabutkan pandangan sudah mencukupi.
DEKORASI atau hiasan kaligrafi ayat suci yang ringkas dan tidak menyerabutkan pandangan sudah mencukupi.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


ALANGKAH beruntungnya jika dapat menyediakan surau mini di rumah sendiri. Namun, disebabkan kekangan ruang bilik yang terhad, ia sukar untuk direalisasikan.

Tetapi, jika mempunyai ruang atau bilik kosong, apa kata jadikan ia sebagai surau mini untuk kediaman anda. Antara kelebihan mempunyai ruang solat di rumah ialah anda boleh menunaikan solat dengan lebih khusyuk dan tenang tanpa gangguan bunyian luar.

Selain itu, kewujudan surau mini di rumah juga dapat membantu mendidik ahli keluarga untuk solat berjemaah. Surau mini itu juga sesuai dijadikan ruang untuk mengaji atau tazkirah bersama seisi keluarga.

Apa yang penting, kawasan surau mini juga lebih bersih kerana ia hanya dikhaskan untuk bersolat. Bagi yang bercadang untuk membina surau mini di rumah, berikut adalah beberapa petua yang boleh dijadikan panduan.

Petua menghiasi surau mini di rumah:

KENAL pasti arah kiblat terlebih dahulu sebelum memulakan dekorasi.
KENAL pasti arah kiblat terlebih dahulu sebelum memulakan dekorasi.

- Kenal pasti arah kiblat terlebih dahulu sebelum memulakan dekorasi.

- Pilih warna yang lembut dan mendamaikan. Pilihan terbaik adalah rona putih atau pastel.

PASTIKAN pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
PASTIKAN pengudaraan dan pencahayaan yang baik.

- Sesuai dengan saiz ruang yang terhad, pilih dekorasi atau kaligrafi ayat suci yang ringkas dan tidak menyerabutkan pandangan.

- Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik.

PILIH warna yang lembut dan mendamaikan.
PILIH warna yang lembut dan mendamaikan.

- Tempat letak telekung, kain pelikat dan sejadah perlu disediakan.

- Seeloknya ada tempat untuk mengambil wuduk berdekatan dengan surau mini berkenaan.

- Pasang karpet lembut yang selesa.

PASANG karpet lembut yang selesa.
PASANG karpet lembut yang selesa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 6:30 AM