SEKIRANYA menggunakan kemahiran sendiri pastikan anda mampu menghasilkannnya mengikut perancangan.
SEKIRANYA menggunakan kemahiran sendiri pastikan anda mampu menghasilkannnya mengikut perancangan.
Hafiz Ithnin


MEMILIKI kediaman baru dan melakukan kerja-kerja renovasi adalah dua perkara yang sering dilakukan pemiliknya kerana ia bukan sahaja mampu memberi keselesaan, malah memberi kesan kepada nilai aset berkenaan pada masa depan.

Justeru, Ketua Pereka Hiasan Dalaman, Atap, Rachelle Kong yang mempunyai pengalaman dalam industri rekaan itu berkongsi tujuh tip yang perlu diambil kira pembeli baharu untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

1. Bersedia dari segi mental untuk kerja ubah suai yang bersepah

Perkara ini biasanya berlaku apabila anda melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan sudah menghuninya. Kesan seperti habuk dan bersepah antara situasi biasa berlaku. Barang-barang juga mudah tersalah letak.

Jadi, tutup atau lindungi ruang yang tidak terbabit dengan kerja-kerja pengubahsuaian dan dalam tempoh itu juga, adalah lebih baik anda tidak berada di dalam rumah demi keselamatan.

KEMAS kediaman terlebih dahulu sebelum kerja pengubahsuaian.
KEMAS kediaman terlebih dahulu sebelum kerja pengubahsuaian.

2. Lakukan sendiri atau menggunakan khidmat profesional

Jika lakukan dengan kemahiran peribadi, pastikan ia memberi kesan yang baik dari segi hasil dan perbelanjaan.

Ini kerana, terdapat penghuni yang merasakan mereka boleh melakukan sendiri tetapi akhirnya mendapat hasil yang tidak memuaskan malah menelan kos lebih tinggi.

Jadi, buat pilihan yang betul sama ada, anda mempunyai keupayaan itu atau mengupah sahaja jurukhidmat yang lebih profesional dan berpengalaman.

RACHELLE
RACHELLE

3. Tetapkan bajet yang realistik

Hal ini tidak seharusnya anda ketepikan kerana ia akan memberi kesan kepada perbelanjaan peribadi. Lakukan kajian dan buat pengiraan dengan betul tidak kira jika lakukan sendiri atau khidmat profesional.

Boleh juga anda tanyakan rakan yang pernah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kediaman mereka supaya anda mendapat sedikit gambaran dalam berbelanja.

Selain itu, di dalam perbelanjaan peruntukkan 10 peratus daripadanya untuk digunakan perbelanjaan luar jangka. Jika menggunakan khidmat profesional anda boleh buat tinjauan harga yang dikenakan.

Terdapat juruhiasan dalaman profesional mengenakan caj mengikut kaki persegi seperti RM3 satu kaki persegi dan ada juga mengenakan caj 10 peratus daripada kos keseluruhan pengubahsuaian. Namun, ia bergantung kepada syarikat penyedia perkhidmatan itu sendiri.

BERBINCANG secara telus dengan pakar sekiranya berminat menggunakan khidmat mereka.
BERBINCANG secara telus dengan pakar sekiranya berminat menggunakan khidmat mereka.

4. Komunikasi yang jelas

Pereka hiasan dalaman profesional sebenarnya tidak mampu membaca fikiran anda, jadi sediakan foto atau rujukan untuk mengurangkan masalah komunikasi antara kedua-dua pihak.

Selain agak sukar untuk menetapkan jangkaan pada masa depan, jadi perlu jelas, jujur dan konsisten dengan kehendak anda kepada penyedia perkhidmatan.

SENTIASA bersedia dengan keadaan rumah yang bersepah dengan kerja-kerja pengubahsuaian.
SENTIASA bersedia dengan keadaan rumah yang bersepah dengan kerja-kerja pengubahsuaian.

5. Risiko di luar jangka kerana tidak semuanya dapat dihasilkan mengikut perancangan

Mengubah suai kediaman lama terutamanya lebih sukar mendapatkan hasil seratus peratus seperti dirancang.

Manakala kediaman baharu pula kelihatan mudah. Namun, kedua-duanya mempunyai cabaran sendiri yang mana pemilik perlu bersedia dari segi risiko seperti kelewatan untuk menyiapkannya.

BUAT ukuran dengan tepat penting supaya barangan yang dibeli sesuai.
BUAT ukuran dengan tepat penting supaya barangan yang dibeli sesuai.

6. Peka kepada ukuran

Pastikan anda mengambil kira ukuran dalam setiap bahagian yang ingin diubah suai supaya barangan yang dibeli muat untuk meletakkannya.

7. Buat keputusan yang anda kehendaki

Gambar yang anda lihat di media tidak semuanya realistik. Senaraikan keperluan terlebih dahulu dengan mengambil kira sesuatu ruang itu sering digunakan setiap hari sebagai pemilik atau sekadar gaya hidup sahaja untuk mereka yang tinggal di dalamnya. Malah, pastikan perabot atau ruang yang diubahsuai memberi kesan baik untuk jangka masa panjang terutama bagi aktiviti membersihkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 6:10 AM