HOSPITAL pengajar yang turut berfungsi sebagai hospital biasa dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.
HOSPITAL pengajar yang turut berfungsi sebagai hospital biasa dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KEUNIKAN seni bina dan dekorasi Hospital Universiti Teknologi Mara (HUiTM) Puncak Alam, Selangor kini menjadi tumpuan dan tarikan ramai.

Bangunan HUiTM 10 tingkat itu mula dibina pada 2017 dan memulakan operasi secara berperingkat mulai bulan ini.

Ia dilengkapi dengan kapasiti 400 katil, 98 klinik pakar, 17 dewan bedah, 17 wad dan 16 mesin dialisis.

Hospital itu juga menempatkan bangunan akademik dan perubatan untuk kapasiti 750 pelajar.

Menurut perkongsian pensyarah kanan fakulti perubatannya yang juga pakar perunding pediatrik dan neonatologi, Dr Masri Muhamed di laman Facebook, HUiTM memiliki keistimewaan tersendiri.

Menurutnya, di kawasan atrium HUiTM itu misalnya, jika dilihat ke atas, tersergam indah molekul air zamzam yang juga adalah asas reka bentuk hospital berkenaan.

"Dekorasi molekul air zamzam juga menghiasi kawasan Anjung Zam-Zam.

REKAAN menarik HUiTM di Kampus Puncak Alam.
REKAAN menarik HUiTM di Kampus Puncak Alam.

"Selain itu, kawasan Perpustakaan Tun Razak juga direka dengan menyediakan kawasan luar bagi membolehkan pengunjung menikmati udara segar ketika membaca," katanya.

Sementara itu, hospital berkenaan dibina dengan kos RM599 juta atas tapak seluas 11.33 hektar.

RUANG atrium HUiTM diserikan dengan dekorasi molekul air zamzam.
RUANG atrium HUiTM diserikan dengan dekorasi molekul air zamzam.

Ia bukan sahaja dilihat sebagai pusat penyebaran ilmu perubatan (hospital pengajar), malah turut berfungsi sebagai hospital biasa yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

BANGUNAN Anjung Platinum.
BANGUNAN Anjung Platinum.

Pada masa sama, hospital itu juga menjadi pencetus kepada usaha mewujudkan inovasi dalam bidang sains dan perubatan.

Dengan seni bina dan dekorasi yang begitu indah, hospital ini pasti menjadi pilihan ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 6:30 AM