CAMPER van milik Asri.
CAMPER van milik Asri.
Muhamaad Razis Ismail


RUANG dalamannya diubah suai bagaikan ruang kediaman. Rekaan katil, kabinet dan rak buku dengan bahagian dinding serta siling ditutup dengan kayu palet.

Sebaliknya, ia adalah sebuah van yang dijadikan camper van oleh seorang lelaki yang meminati aktiviti itu sejak dua tahun lalu.

Uniknya, Asri Nawawi, 31, membina sendiri camper van itu yang memakan masa enam minggu dengan memanfaatkan masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dengan ruang yang terhad, Asri bijak menggunakan kreativiti sendiri untuk mendekorasi camper van itu supaya selesa ketika mengembara.

Menariknya semua proses membina dan mendekorasi camper van ini dikongsikan di saluran YouTube yang mempunyai 32,000 pengikut.

SEPERTI berada di dalam bilik sebenar.
SEPERTI berada di dalam bilik sebenar.

Asri berkata, sebelum membina camper van ini, dia sudah merancang dengan teliti konsep yang ingin diketengahkan.

"Saya cuba ketengahkan konsep dalaman seperti camper van luar negara kerana nampak lebih kemas dan teratur dengan menyuntik konsep 'rustic' dan minimalis.

"Ini adalah 'bilik bergerak,' jadi saya inginkan dekorasi dan ruang yang selesa serta tenang untuk berehat seperti bilik tidur di rumah sambil menikmati keindahan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengambil kira ruang yang terhad di dalam van, dia perlu membuat perancangan rapi sebelum proses dekorasi berjalan.

BAHAGIAN dalam van dikosongkan.
BAHAGIAN dalam van dikosongkan.

"Saya harus bijak memilih barangan dan perabot yang sesuai supaya nampak kemas dan teratur.

"Malah saya banyak menggunakan warna putih untuk nampak kemas dan sesuai dipadankan dengan kayu palet, langsir, cadar dan bantal.

KATIL pelbagai guna untuk jimatkan ruang.
KATIL pelbagai guna untuk jimatkan ruang.

"Selain itu saya juga memasang solar panel sendiri yang lebih mesra alam, jimat dan ringkas," katanya.

Jelasnya, untuk menampakkan konsep 'rustic' dia menggunakan kayu palet yang dipasang di dinding dan siling van.

Ditanya berkenaan perabot, dia perlu membuat pilihan berdasarkan keperluan seperti katil, kabinet dan laci simpanan barang.

BANYAK menggunakan warna putih.
BANYAK menggunakan warna putih.

"Semuanya perlu dibina dengan susunan yang boleh menjimatkan ruang, pelbagai guna dan selesa.

"Contohnya laci simpanan barang keperluan diletak bawah katil dan meja kipas yang mempunyai ruang untuk menyimpan barang," katanya.

Tambahnya, untuk perancangan masa hadapan, dia ingin membuat sedikit penambahbaikkan dari segi pengudaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 6:11 AM