DEKORASI tanpa banyak perabot sesuai konsep keluarga dengan anak-anak kecil.
DEKORASI tanpa banyak perabot sesuai konsep keluarga dengan anak-anak kecil.
Hafiz Ithnin


BAGI wanita ini, rumah yang baru dimilikinya bersama suami pada Oktober 2019 perlu mempunyai ciri-ciri ringkas, kemas dan paling utama mesra kanak-kanak.

Sesuai dengan statusnya mempunyai dua anak yang berusia tiga dan dua tahun serta kini mengandungkan cahaya mata ketiga.

Sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah milik Muhammad Jamsari Harun dan Nurul Amalia Jali sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ternyata Nurul Amalia mempunyai cita rasa tersendiri dan sesuai dengan konsep keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil.

Mengangkat tema moden dan mementingkan keseimbangan warna menjadikan rumah teres dua tingkat itu begitu selesa mata memandang.

KONSEP moden diterapkan di rumah yang menarik.
KONSEP moden diterapkan di rumah yang menarik.

Bagi Nurul Amalia, dia banyak merujuk media sosial berkaitan hiasan dalaman untuk mendekorasi rumah dan tidak dilakukan secara serentak.

"Setiap bulan saya dan suami akan menata hias sedikit demi sedikit kerana ia tidak perlu mengeluarkan kos yang begitu banyak sekali gus.

BAHAGIAN dapur yang kemas dan ringkas meskipun tidak mempunyai ruang besar.
BAHAGIAN dapur yang kemas dan ringkas meskipun tidak mempunyai ruang besar.

"Jika ditanya mengenai tema, saya tiada tema khusus kerana perkara yang lebih penting ialah selesa dan tampak moden serta mudah dimasukkan dengan elemen lain," katanya.

Ternyata konsep moden yang dipilih pemilik rumah itu mudah untuk memasukkan elemen lain seperti rustik, oriental dan industri.

Manakala, rona dinding yang lembut di ruang utama yang dipilihnya juga begitu mudah untuk digarapkan warna perabot dan aksesori rumah.

Nurul Amalia berkata, pemilihan rona lembut di ruang utama misalnya mampu menjadikan rumah tampak lebih luas kerana ia menjadi pemantul cahaya asli.

MEMPUNYAI ruang khas membasuh pakaian.
MEMPUNYAI ruang khas membasuh pakaian.

"Bagi saya, ruang utama perlu kelihatan tenang dan luas walaupun ukurannya tidak sebesar mana, tetapi dengan pemilihan warna dinding yang lembut mampu menjadikan ia tampak luas.

"Selain itu, saya juga tidak meletakkan banyak perabot dalam rumah kerana pertamanya mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kedua, apabila ruang tidak begitu besar dan kurang perabot, ia mampu menjadikannya tampak lebih luas," katanya.

Menjengah dapur pasangan itu, kelihatan pemilihan kabinet dan ronanya tampak mempunyai kelas tersendiri meskipun ringkas.

Katanya, sebelum mendapat kunci rumah sebagai isteri dan ibu pastinya menginginkan sebuah dapur yang lengkap dengan kabinet dan ruang yang kecil sebenarnya bukan menjadi penghalang.

SUDUT bekerja yang ringkas dan santai.
SUDUT bekerja yang ringkas dan santai.

"Dapur saya juga tidak begitu besar, tetapi dengan memilih warna kabinet dan aksesori yang mampu memantulkan cahaya, ia dapat membantu menjadikan ruang ini kelihatan selesa.

"Bagi saya, pemilihan warna adalah perkara paling utama dalam menghias rumah kerana ia mampu menjadikan sesuatu ruang itu tampak lebih luas," katanya.

PORSELIN kelihatan menjadi titik fokal sebaik daun pintu dibuka.
PORSELIN kelihatan menjadi titik fokal sebaik daun pintu dibuka.

Katanya lagi, bagi mewujudkan suasana segar dia juga memilih tumbuhan hijau tiruan untuk berada dalam rumah. Manakala, di luarnya pula jenis pokok berdaun yang asli.

"Dengan adanya warna hijau tumbuhan sama ada asli atau tiruan ini, ia sekali gus dapat mewujudkan suasana yang segar di dalam dan di luar rumah.

AMAT mementingkan ringkas dan selamat untuk anak-anak berada di ruang tamu.
AMAT mementingkan ringkas dan selamat untuk anak-anak berada di ruang tamu.

"Jika ditanya mengapa pokok tiruan menjadi pilihan kerana ia lebih mudah untuk dijaga dan saya tidak perlu khuatir mengenai kesihatan pokok jika terabai," katanya.

RAK simpanan barangan yang mempunyai elemen kayu menarik.
RAK simpanan barangan yang mempunyai elemen kayu menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 6:40 AM