SUASANA rumah percutian itu di waktu malam.
SUASANA rumah percutian itu di waktu malam.
Nurul Husna Mahmud


RUMAH percutian, Mumbai Artis Retreat dibina dua pengasas studio senibina Architecture Brio di Alibag India, Shefali Balwani dan Robert Verrijt antara projek senibina 'toleran' dengan isu perubahan klimaks dunia.

Rumah percutian itu dibina dengan menimbang kepada persekitarannya iaitu terletak berhampiran persisiran pantai yang turut mengambil kira pasang dan surut selain kenaikan paras laut tidak dijangka akibat perubahan iklim.

Menurut wakil studio itu, struktur bangunan itu dibina dengan keluli dan buluh itu boleh dibuka dan dipasang semula jika keadaan tapak asalnya menghadapi risiko dilanda bah akibat air pasang besar.

"Dilema kebanyakan penempatan di pesisiran pantai adalah krisis air pasang atau gelora besar disebabkan perubahan iklim dunia yang mempengaruhi kenaikan paras air laut setiap tahun.

"Malah berdasarkan laporan diterbitkan Ogos 2020 lalu, berbanding bandar lain di dunia, Mumbai adalah kedua paling berisiko dengan kesan kenaikan paras air laut.

"Namun kawasan ini masih menjadi tempat yang paling diingini untuk tinggal dan bekerja,"katanya.

Justeru dengan pembinaan struktur bangunan sementara boleh merealisasikan impian kebanyakan individu yang menginginkan suasana itu sebagaimana firma berkenaan membina pusat percutian khusus untuk para artis atau seniman seni.

CANTIK panel kayu turut disokong keluli besi.
CANTIK panel kayu turut disokong keluli besi.

Kedudukan studio itu dalam persekitaran ladang kelapa di tepi laut dan turut membuang pandangan penghuninya ke pusat metropolitan Mumbai dari seberang perairan.

Rekaan studio itu turut bertangga selain pengguna tiang keluli kukuh membantu sokongan diperlukan ketika arus pasang dan surut.

Mengukuhkan lagi pasak tiang keluli ialah kewujudan batu bata basalt digali ketika pembinaan projek lain di kawasan berhampiran membentuk penyangga bagi setiap tiang.

Dinding diperbuat daripada panel kayu yang bersalut turut diselang-seli rangka keluli membantu kerja kemasan dan pengukuhan dinding apabila panel itu disisipkan menggunakan sistem skru dan nat. Ini penting mengelak gangguan hidupan liar di sekitar.

Rasuk buluh berbentuk Vápula menyokong dua bumbung berbentuk piramid, yang mempunyai bahagian atas mendatar yang 'memegang' dua lampu pada bumbung bangunan terbabit.

BUMBUNG yang memiliki panel solar dan boleh terbuka seperti tingkat.
BUMBUNG yang memiliki panel solar dan boleh terbuka seperti tingkat.

Rekaan juga separa terbuka membentuk aliran udara baik menjadikan tempat itu sejuk semula jadi dengan bayu laut.

Perincian lain ialah segi tenaga digunakan pada bangunan itu ialah solar dan menariknya pada panel itu terletak pada bahagian bumbung ialah ia boleh dibuka seperti tingkap bagi membolehkan udara panas keluar.

Apabila berlaku bah besar atau kedudukan itu tidak lagi selamat untuk dihuni, semua sturktur itu boleh dibuka dan dipindahkan bangunan itu ke lokasi lebih tinggi.

Projek itu antara sumbangan buat komuniti apabila dilihat tujuan lain pembinaannya mahu menyatukan seni, ekologi dan masyarakat.

ADA juga ruang bertangga.
ADA juga ruang bertangga.

Firma arkitek yang berpusat di Mumbai itu turut terbabit dalam projek lain seperti projek pembinaan tempat percutian berasakan konkrit melintasi sungai di Alibag, dan rumah percutian yang separuh tertanam di tebing sungai di kaki bukit Ghats Barat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 6:30 AM