SEDONDON alas meja bersama hiasan mangkuk kaserol tampil dengan latar warna sama.
SEDONDON alas meja bersama hiasan mangkuk kaserol tampil dengan latar warna sama.
Nurul Husna Mahmud

SEINDAH nama diberi iaitu Casa Kayangan pada koleksi terbaru raya Avon tahun ini, jujur andainya memiliki semua seleksi iaitu daripada perhiasan ruang tamu, bilik tidur sehinggalah ruang tamu memberi 'vibe' luar biasa dalam mood raya kali ini.

Masakan tidak, motif songket mengimbau nostalgia zaman kecil penulis iaitu perincian banyak digunakan pada hiasan meja dan alas kusyen satu ketika dulu, dihidupan kembali dengan elemen kontemporari.

Tidak ditelan zaman, penggunaan dalam motif songket tradisi seperti tampuk manggis, bunga pecah lapan dan pucuk rebung menghiasi seleksi pada lebih 14 barangan seleksi keperluan rumah Avon itu memberi gaya 'in trend' deko raya kali ini.

Di datangkan dalam set warna unik iaitu tona utama keseluruhan koleksi rona maroon pada koleksi ini memberi gambaran suasana raya diraikan penuh keghairan, rasa cinta dan kemeriahan.

Tidak tampak keterlaluan, warna itu juga menyuntik gaya sofistikated pada elemen tradisi

selain tampak menonjol dengan kontras warna putih.

Menurut Eksekutif Kanan Pemasaran, Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Nurul Syuhada Yaacob, barisan pereka mengambil kira trend semasa selain keperluan pelanggan setia mahukan sesuatu luar biasa pada seleksi raya Avon setiap tahun.

"Jika sebelum ini kolaborasi bersama pereka terkenal tempatan pada motif gaya mewah, kali ini ditampilkan kelainan apabila mengambil kira motif tradisi kontemporari yang masih mendapat permintaan utama dalam tema raya setiap tahun.

"Selain itu, pengalaman gaya 'mewah' dirasai pemilik koleksi ini, elemen kejutan iaitu 'rekaan dua muka' yang mana rekaan tidak sama bahagian depan dan belakang membolehkan fleksibiliti pada penggayaan ruang," katanya.

PEMANGKU Pengurus Besar, Avon Cosmetics Sdn Bhd, Abel Lim Yew Sai bersama Nurul Syuhada (kanan) dan kakitangan Avon Cosmetics, Farizan Lod (tengah) bersama dekorasi hiasan rumah Casa Kayangan.
PEMANGKU Pengurus Besar, Avon Cosmetics Sdn Bhd, Abel Lim Yew Sai bersama Nurul Syuhada (kanan) dan kakitangan Avon Cosmetics, Farizan Lod (tengah) bersama dekorasi hiasan rumah Casa Kayangan.

Merujuk kepada rekaan sarung kusyen berbentuk empat segi bermotifkan rebung, boleh dilihat dua muka iaitu depan corak itu sementara kosong di bahagian belakang.

Saranan pereka Avon apabila ada kejadian tumpahan air atau juadah, pemilik boleh serta-merta menukar bahagian terkena dengan muka satu lagi.

Selain tidak perlu khuatir, rekaan menggunakan fabrik polister bercetak itu sangat mudah untuk dibersihkan jika terdapat kotoran.

Apatah lagi padanan alas meja atau 'table runner' corak bunga pecah lapan dan tampuk manggis pada meja konsol atau kopi memberi paduan 'harmoni' pada gaya ruang istirahat tetamu.

Menambah seri lagi lengkapkan meja itu dengan balang kuih yang datang dalam dua item bagi setiap set diperbuat dari kaca dan didatangkan bersama penutup kedap udara.

Mahu tampil mood menenangkan atau sendodon raya, gaya langsir pintu gelungsur Casa Kayangan menggunakan motif songket pecah bunga lapan dan tampuk manggis adalah padanan yang wajar.

Kelebihan lain mengenai aksesori deko itu ialah menggunakan fabrik poliester bercetak yang mana tidak perlu digosok selepas dicuci kerana tidak renyuk teruk.

Tonjolkan ruang ini dengan padanan set sofa warna lembut atau 'plain' membantun naikkan seri ruang terbabit.

Beralih kepada set untuk ruang makan, alas meja Casa Kayangan sepadan dengan set hidangan meja seperti Serving Platter dan Casserole dari siri Casa Kayangan.

Masih motif sama, tetapi lebih unik apabila tampil dalam kolum geometri membuatkan ia tampak berseri membantu menyerlahkan susunan meja jamuan.

Tidak sempurna apabila tidak menyalin persalinan kamar beradu tatkala meraikan hari raya.

Seleksi bilik tidur sedikit berbeza kerana set ratu sahaja ditampilkan dalam tona senada dengan ruang lain.

Bagi set bujang dan set raja tona warna unik serta berbeza ditampilkan.

Bagi set cadar bujang iaitu dinamakan Uda dan Dara ditampilkan warna 'mustard' membuatkan rekaan itu tampak eksklusif.

Manakala set raja untuk bilik tidur pula memberi mood menenangkan apabila tampil dalam pilihan warna biru.

Semua siri Casa Kayangan boleh didapati di butik Avon bermula April ini menerusi pembelian atas talian www.shop.avon.my

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 7:00 AM