LUKISAN berbingkai hitam dan putih menyerlahkan elemen eksklusif dalam rumah.
LUKISAN berbingkai hitam dan putih menyerlahkan elemen eksklusif dalam rumah.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


SENTUHAN dekorasi rumah menjadi cerminan diri si pemilik. Misalnya, jika dipertontonkan sesuatu yang ringkas, tetapi tampak mewah, maka ia juga melambangkan cita rasa pemiliknya.

Begitu juga dengan Haswadi Abu Hassan yang mempunyai cita rasa tersendiri dalam menghias kediaman miliknya sejak 10 tahun lalu.

Sebelum memiliki rumah itu, dia memasang impian untuk mempunyai sebuah kediaman berkonsepkan ringkas dan tampak penuh maskulin.

Meskipun maskulin itu akrab kepada diri seorang jejaka, tetapi soal keindahan tidak ditolak ke tepi. Ertinya, apabila masuk sahaja ke rumahnya, tetamu dapat meneka pemiliknya lelaki yang begitu bergaya.

Memilih rona dinding yang cenderung kepada seorang lelaki iaitu hitam, biru dan putih, Haswadi berjaya mengangkat tema maskulin seperti yang diimpikan selama ini.

Sebaik sahaja melangkah masuk dalam rumah berkeluasan sekitar 850 kaki persegi itu, mata penulis terus terpandang lukisan abstrak tergantung di dinding dan atasnya pula ada lampu limpah untuk menjadikan karya itu lebih kelihatan dramatik.

FOTO bertemakan bandar raya dunia menjadi pilihan sebagai hiasan dinding.
FOTO bertemakan bandar raya dunia menjadi pilihan sebagai hiasan dinding.

PORSELIN turut menjadi aksesori pilihan kediaman.
PORSELIN turut menjadi aksesori pilihan kediaman.

Lukisan itu bukan sekadar sebuah aksesori, malah ia menjadi titik fokal di ruang tamu rumah itu. Di bawah lukisan itu pula terdapatnya kerusi besi panjang berkusyen empuk muat tiga tetamu atau boleh juga berbaring untuk bersantai.

Haswadi mengakui dia lebih gemar kediaman yang kelihatan sedikit santai dan warna dinding gelap kerana baginya ia adalah ruang privasi untuk menenangkan diri.

Malah, dia tidak gemarkan kediaman yang terlalu sarat dengan perabot di setiap penjuru rumah kerana kerjaya sebelum ini sebagai pereka grafik amat menitikberatkan

gaya ringkas, tetapi cantik.

“Kalau dilihat kepada gantungan gambar di dinding saya banyak mengambil elemen bangunan dari luar negara seperti kemeriahan pencakar langit di Kota New York dan Paris.

“Selain itu, kebanyakan seni corak pada aksesori lebih cenderung kepada abstrak dan bergaris kerana elemen itu menceritakan cita-cita saya untuk menjadi arkitek yang tidak kesampaian,” katanya bersulam tawa.

Di ruang dapur pula, Haswadi memilih rona putih untuk set kabinet atas dan bawah bagi memudahkan menyimpan pelbagai peralatan masakan serta makanan supaya sentiasa kemas.

BILIK yang kemas dan tidak sarat dengan perabot.
BILIK yang kemas dan tidak sarat dengan perabot.

Berpeluang menjengah ke bilik tidurnya, ternyata Haswadi meneruskan kesinambungan elemen maskulin. Cukup sekadar katil besi bersaiz ‘queen’

dan diapit dengan lampu tidur yang membiaskan cahaya jingga.

Haswadi berkata, hiasan dalam bilik sengaja dipilih ringkas dan tidak sesak dengan pelbagai perabot lain kerana di ruang privasi itu dia inginkan suasana tenang dan santai.

“Apabila pulang kerja, saya kadangkala suka melepak sahaja di dalam bilik dan di ruang ini amat penting untuk berehat disebabkan itu saya tidak suka keadaan bilik terlalu penuh perabot lain.

“Bagi menyimpan pakaian, saya mempunyai sebuah bilik khas bagi menempatkan pakaian sahaja dan tidak perlu bercampur barangan lain. Tambahan, di bilik itu juga menjadi tempat saya bersiap,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana mendapatkan idea untuk menyusun atur dan mendekorasi rumahnya, Haswadi berkata, dia banyak merujuk pembacaan dalam majalah dah gambar hiasan dalaman di Internet.

Katanya, menyusun atur dan mendekorasi rumah dengan sentuhan sendiri lebih memberi kepuasan selain dapat menjimatkan kos berbanding mengupah golongan profesional untuk melakukan kerja menghias itu.

“Memandangkan sebelum ini saya bekerja dalam bidang kreatif jadi sedikit sebanyak karier mempengaruhi untuk saya melakukan aktiviti dekorasi rumah sendiri.

“Sebenarnya apabila menghias atau dekorasi rumah dengan usaha sendiri bagi saya ia lebih puas apabila hasil yang diinginkan itu menjadi. Sekiranya tidak begitu menjadi, kita akan terus berusaha untuk memastikan idea itu dapat dizahirkan sepenuhnya,” katanya.

DAPUR milik Haswadi yang kemas menggunakan kabinet berwarna hitam dan putih.
DAPUR milik Haswadi yang kemas menggunakan kabinet berwarna hitam dan putih.

HASWADI
HASWADI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 7:00 AM