ROSNANI gembira menggunakan papan seterika dibuat khusus oleh Aidil.
ROSNANI gembira menggunakan papan seterika dibuat khusus oleh Aidil.
Nurul Husna Mahmud


MENDENGAR rungutan isteri, Rosnani Abdul Jalil, 38, setiap hari yang mengadu penat menggosok baju kerjanya dan seragam sekolah anak, mencetus inovasi unik juruteknologi makmal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Aidil Azhar Dubi yang dinamakan Busy Mama Troly.

Busy Mama Troly adalah papan penggosok baju yang boleh bergerak itu bukan sahaja membantu meringankan beban tugas harian isterinya, malah menjadi sebahagian pelengkap kepada rekaan perabot untuk ruang dobi kediamannya.

Pada inovasi berkenaan, boleh dilihat selain terdapat struktur yang menggabungkan dua jenis seterika berbeza, peralatan itu juga boleh digerakkan selain lengkap dengan bakul bertingkat yang dihias cantik dengan fabrik berbunga.

Kata Aidil, gabungan perabot itu menampilkan kerja kemahiran tukangan besi dan kayu dipelajari menerusi pemerhatian Facebook secara berdikit-dikit sejak 2015.

BESI lipat dibeli untuk sokongan struktur seterika.
BESI lipat dibeli untuk sokongan struktur seterika.

“Projek ini sebenarnya selain didorong isteri, saya juga cuba eksperimen kemahiran kimpalan besi yang saya pelajari daripada Internet. Sebenarnya minat itu sejak zaman sekolah dan cumanya apabila sudah bekerja, ada kemampuan untuk beli alat pertukangan lebih baik.

bakul
bakul

“Sebelum ini, projek pernah dilakukan ialah membuat perabot untuk ruang dapur iaitu kabinet. Lebih kepada kerja pertukangan kayu sahaja dan istimewa untuk kali ini ialah kemahiran besi apabila ada bahagian tertentu menggunakan material berkenaan,” katanya.

RUANG dobi direka turut diletakkan papan seterika bergerak.
RUANG dobi direka turut diletakkan papan seterika bergerak.

Melihat kepada kemasan rekaan unik itu, penulis menjangkakan Aidil membelanjakan sebahagian besar untuk pembelian material kayu dan besi. Namun bapa dua cahaya mata itu mengatakan dia hanya membelanjakan RM150 untuk menyiapkan projek berkenaan.

KEMUDAHAN keluarga Aidil.
KEMUDAHAN keluarga Aidil.

“Saya mempunyai takrifan sendiri kalau kerja lakukan sendiri (DIY) iaitu daripada sesuatu terbuang atau tidak lagi boleh berfungsi boleh diguna semula untuk menghasilkan sesuatu berguna.

DUA seterika pada papan gosok direka Aidil.
DUA seterika pada papan gosok direka Aidil.

“Secara keseluruhan untuk papan penggosok ini saya membelanjakan RM150 untuk pembelian roda, besi lipat, cat dan aksesori seperti kain hiasan. Material utama iaitu papan, kayu atau besi itu semuanya saya guna yang terpakai.

“Papan lapik seterika itu sendiri, saya guna kepala katil terpakai, sementara troli atau rangka bahagian kakinya pula diambil daripada kaki besi meja di pejabat.

STRUKTUR asas sebelum kepada kemasan.
STRUKTUR asas sebelum kepada kemasan.

“Namun ada sedikit kerja kimpalan dilakukan pada kaki meja untuk hasilkan bentuk U supaya ada ruang bagi keselesaan isteri ketika meletak kaki selain slot bakul bertingkat.

“Saya tidak lupa untuk ukur ketinggian isteri terlebih dahulu dalam memastikan perabot itu selesa dan sepadan dengan ketinggiannya.

MENGGUNAKAN kayu dan besi terpakai.
MENGGUNAKAN kayu dan besi terpakai.

“Spesifikasi lain yang penting dalam kerja membuat troli papan seterika itu juga perlu sepadan dengan ruang dobi apabila diletakkan pada tempatnya semula,” katanya.

Tambah Aidil dalam menyiapkan inovasi itu juga, kaedah digunakan ialah teknik tanggam menggunakan ‘primer routers’ iaitu alat khas untuk ukir dan tebuk yang mana suatu ketika dahulu kerja itu dilakukan parut dan tukul.

“Lagi satu dalam projek kali ini, kemasan pertukangan saya lakukan ialah teknik tanggam supaya struktur itu lebih tegap dan tidak mudah goyang ketika kerja menggosok baju dilakukan.

“Kalau sebelum ini kerja tanggam memerlukan tukul dan pahat, kali ini terdapat mesin moden lebih tepat dan kemas membentuk lubang mengikut ukuran yang diinginkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 7:00 AM