POKOK kemunting cina boleh dibiak secara keratan batang atau semaian biji benih.
POKOK kemunting cina boleh dibiak secara keratan batang atau semaian biji benih.
Zaitie Satibi


POKOK bunga kemunting cina sering menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan kerana warnanya yang menarik selain tahan lama bagi menyerikan halaman rumah supaya sentiasa kelihatan cantik.

Catharanthus roseus adalah nama saintifiknya dan ia pokok renek yang tergolong dalam famili Apocynaceae. Nama lain kemunting cina ialah vinca, kembang sari atau ros pantai. Pokok ini berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan berpasir.

Pokok ini mempunyai ketinggian 60 sentimeter (sm) dengan daun berwarna hijau tua berukuran dua hingga empat sentimeter (sm) yang berbulu di sisi. Daunnya juga tersusun secara bertentangan, sementara bunganya pula terdiri daripada lima kelopak dan berwarna putih, biru, ungu serta merah jambu.

Biarpun bunganya cantik, dikatakan berbau busuk. Penjagaan pokok bunga itu tidak begitu rumit, sekadar memerlukan baja dan pencahayaan mencukupi. Pokok ini boleh dibiakkan secara keratan batang dan secara semaian biji benih.

Batangnya yang berkayu sederhana keras, cepat bertunas jika ditanam secara keratan batang. Ramai orang menanam pokok ini di dalam pasu dan dijadikan sebagai tumbuhan hiasan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 11:15 AM