KESELURUHAN taman bunga terbesar Dubai dilihat dari udara.
KESELURUHAN taman bunga terbesar Dubai dilihat dari udara.
Zaitie Satibi

Dubai terkenal dengan seni bina yang unik dan mengagumkan. Banyak bangunan dan mercu tanda yang dibina saban tahun, malah setiap projek menampilkan rekaan serta seni bina yang megah lagi menakjubkan.

Binaan merangkumi pusat beli-belah eksklusif, hotel mewah, pusat perdagangan dan kolam air pancuran memukau. Lebih indah ketika malam dengan kehadiran lampu neon.

Tidak hairanlah jika Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin dikenali dan menjadi perhatian dunia.

Pada masa sama Dubai turut mengubah padang pasirnya, Al Barsha South menjadi taman bunga mega dikenali Dubai Miracle Garden .

GERBANG lorong berbentuk hati daripada bunga.
GERBANG lorong berbentuk hati daripada bunga.

Taman bunga itu membabitkan kawasan seluas 72,000 kaki persegi sekali gus dinobat taman bunga semula jadi terbesar di dunia.

Dilancarkan pada 14 Februari 2013, ia ditanam lebih 109 juta bunga-bungaan pelbagai spesies dan warna.

Lebih membanggakan apabila ia turut menempatkan taman rama-rama dalam bangunan terbesar di dunia dinamakan Dubai Butterfly Garden.

Dubai Butterfly Garden dihuni lebih 15,000 rama-rama daripada 26 spesies.

WAJAH gadis turut menjadi lokasi pengunjung merakam kenangan.
WAJAH gadis turut menjadi lokasi pengunjung merakam kenangan.

Bagi menjadikan taman bunga berkenaan mempunyai tarikan sendiri, bunga-bunga pelbagai warna juga ditanam pada arca aneka bentuk. Antaranya bentuk hati, piramid, rumah, wajah manusia dan kapal terbang.

Semua bunga dijaga rapi pasukan pakar hortikultur dan tukang kebun berpengalaman.

Malah, pengunjung tidak akan bosan kerana setiap arca bunga akan ditukar mengikut tema yang dalam pelbagai pameran.

ANGSA antara arca menarik perhatian pengunjung.
ANGSA antara arca menarik perhatian pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 8:22 AM