KERUSI malas juga boleh digunakan sebagai tempat tidur tambahan kerana penyandar yang boleh diturunkan.
KERUSI malas juga boleh digunakan sebagai tempat tidur tambahan kerana penyandar yang boleh diturunkan.
 TEMPAT duduk pundi kacang boleh dibawa ke mana-mana sebagai tempat duduk selesa.
TEMPAT duduk pundi kacang boleh dibawa ke mana-mana sebagai tempat duduk selesa.
Zaitie Satibi

Tanah yang semakin berkurangan menyebabkan unit kediaman sekarang banyak dibina dengan keluasan yang terhad antara 650 hingga 800 kaki persegi.

Keluasan sedemikian memberi cabaran kepada penghuni untuk menata hias kediaman dengan jenis perabot yang sesuai dengan saiz yang semakin mengecil supaya kediaman itu tidak nampak terlalu sarat atau mungkin hambar.

Menurut perunding perabot Viva Houz Sdn Bhd, Chong Sim Seong sebelum memulakan misi mencari perabot, beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan adalah memilih perabot mengikut keperluan, fungsi perabot, warna perabot mengikut konsep yang dipilih, kualiti perabot dan harga.

BAS mesra alam diuji di laluan sekitar Iskandar Puteri. FOTO ihsan pembaca.
BAS mesra alam diuji di laluan sekitar Iskandar Puteri. FOTO ihsan pembaca.

“Kebanyakan penghuni membeli perabot mengikut cita rasa sehingga kediaman sesak akibat terdapat lebih satu perabot yang memiliki fungsi sama dalam satu ruang atau saiz perabot besar menyebabkan ruang rumah menjadi sempit.

“Malah, ada yang gemar membeli perabot dengan kualiti rendah berikutan harga murah, tetapi perabot berkenaan tidak tahan lama dan cepat rosak menyebabkan pembelian perabot berulang dalam tempoh pendek.

“Perabot berkualiti rendah biasanya bertahan beberapa bulan sehingga setahun sahaja. Kerap membeli perabot menyebabkan pengguna mengeluarkan kos yang lebih,” katanya.

Katanya, penggunaan warna selamat atau warna polos seperti perang, perang gelap, kelabu, putih salji, krim vanila dan putih gading digalakkan kerana trend penggunaan warna itu tidak pernah lapuk, sekali gus menjimatkan berikutan tidak perlu menukar konsep dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

Ruang dimanfaatkan semaksimum mungkin dan antara caranya adalah memilih perabot yang ekonomi atau dengan kata lain pelbagai guna, kompak, minimalis dan boleh dialih ke mana sahaja supaya sesuai dengan keluasan kediaman yang kecil.

BAS mesra alam diuji di laluan sekitar Iskandar Puteri. FOTO ihsan pembaca.
BAS mesra alam diuji di laluan sekitar Iskandar Puteri. FOTO ihsan pembaca.

“Penggunaan perabot ekonomi bukan saja menjimatkan ruang, bahkan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penghuni. Contohnya, di ruang tamu yang kecil lebih padan untuk diletakkan sofa tunggal berbanding set sofa konvensional dengan tempat duduk 3+2+1.

“Pelbagai jenis sofa mengikut bentuk yang boleh dipadankan dengan ruang seperti sofa katil yang sangat popular di bandar, tempat duduk pundi kacang yang boleh diubah lokasi dan kerusi malas yang penyandarnya boleh dilaraskan.

“Bagi kerusi rehat (wing chair) pula rekaannya yang malar hijau membolehkan penggunaan yang meluas termasuk kerusi untuk pelamin. Sofa penyimpanan selain digunakan sebagai bangku boleh dijadikan tempat menyimpan barang,” katanya.

SOFA katil boleh dilipat untuk duduk dan tempat tidur tambahan sesuai kediaman sempit.
SOFA katil boleh dilipat untuk duduk dan tempat tidur tambahan sesuai kediaman sempit.

Chong berkata, penggunaan perabot ekonomi juga antara jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang yang terhad. Perabot yang dipasarkan menerusi platform beli-belah dalam talian Shopee memenuhi elemen fungsi dalam keperluan ruang terhad apabila ia juga boleh bertukar sebagai sofa untuk tempat tidur tambahan.

Bahkan, konsep berkenaan menjadi kekuatan bagi Viva Houz sebagai pusat perabot yang menawarkan produk mesra ruang dan gaya hidup moden dalam memenuhi selera pengguna yang semakin pelbagai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 12:02 AM