GABUNGAN pelbagai jenis tanaman hijau membuatkan persekitaran taman lebih sejuk dan segar.
GABUNGAN pelbagai jenis tanaman hijau membuatkan persekitaran taman lebih sejuk dan segar.
Hartini Mohd Nawi


Landskap dan tanaman hijau sering berkait rapat dan membawa gambaran persekitaran segar, bersih serta terjaga baik untuk kesihatan.

Berada di laman atau taman kediaman sekalipun, suasana tenang dapat dinikmati asalkan adanya tanaman subur menghijau.

Kita juga maklum tanaman hijau juga menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ketika proses fotosentisis.

Menurut pakar landskap Jabatan Pertanian, Muhamad Adli Salihin Samsudin, pembentukan landskap yang dicetuskan menerusi kreativiti juga membantu dalam membina persekitaran sihat.

“Kini landskap sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.

“Luas atau sempit ruang bukan lagi ukuran. Perkara utama adalah sejauh manakah kebijaksanaan anda dalam menzahirkan persekitaran sihat di laman kediaman?” kata Muhammad Adli Salihin yang turut mengakui masyarakat negara ini semakin peka dengan kepentingan landskap.

LANDSKAP sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.
LANDSKAP sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.

Keadaan itu dibuktikan dengan pelbagai pendekatan. Ini kerana bukan hanya kediaman banglo atau teres semata-mata yang menarik landskapnya.

“Tidak terkecuali kediaman jenis pangsapuri, apartmen dan kondominium hari ini yang dilihat lebih eksklusif apabila pembentukan taman wujud di sudut atau ruang tertentu.

“Biasanya kediaman jenis ini, pemiliknya selesa menjadikan balkoni sebagai ruang paling sesuai mencipta atau menempatkan landskap pilihan.

“Ruang sedia ada itu memberi peluang kepada mereka untuk menggarap kreativiti sebagai tanda mencintai alam sekitar.

“Biarpun semuanya tanaman dalam pasu, namun kini kehijauan sudah di depan mata,” katanya.

Pada masa sama ruang dalaman yang diserikan dengan tanaman hijau juga mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri.

KITA juga maklum tanaman hijau juga menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ketika proses fotosentisis.
KITA juga maklum tanaman hijau juga menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ketika proses fotosentisis.

Menurut Muhamad Adli Salihin, dalam rumah perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga enam jenis tanaman hiasan.

Semestinya aspek kesesuaian tanaman dalam rumah perlu diambil kira kerana ia mampu membersihkan udara pada ruang.

“Peace lily umpamanya dikatakan berupaya menyingkirkan benzene, formaldehid trikloretilena, toluena, xilena.

“Ia juga mampu hidup subur di tempat teduh termasuk di bawah suhu 27 darjah Celsius selain sesuai diletakkan di kawasan taman.

“Begitu juga dengan bamboo palm juga dikatakan tanaman hiasan dalaman ketiga terbaik menyingkirkan formaldehid dan sesuai diletakkan pada ruang yang mempunyai perabot,” katanya.

Selain itu pokok memerlukan air, baja dan cahaya mencukupi untuk tumbesaran.

TANAMAN hijau ini turut menambahkan keceriaan taman.
TANAMAN hijau ini turut menambahkan keceriaan taman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 12:02 AM