DEKORASI eksklusif dengan perabot kulit tempahan khas pada ruang rehat tingkat atas.
DEKORASI eksklusif dengan perabot kulit tempahan khas pada ruang rehat tingkat atas.
TEMPAT rehat yang terletak bersebelahan ruang acara itu masih mengekalkan kesinambungan rupa elegan dan mewah walaupun tampak kasual dengan sentuhan ‘bean bag’ tempahan khas.
TEMPAT rehat yang terletak bersebelahan ruang acara itu masih mengekalkan kesinambungan rupa elegan dan mewah walaupun tampak kasual dengan sentuhan ‘bean bag’ tempahan khas.
PEMILIHAN perabot dan hiasan dalaman yang teliti mewujudkan suasana eksklusif pada ruang pejabat dua tingkat itu.
PEMILIHAN perabot dan hiasan dalaman yang teliti mewujudkan suasana eksklusif pada ruang pejabat dua tingkat itu.
GABUNGAN gaya mewah dan elegan dengan dekorasi berkonsepkan Victoria klasik serta sentuhan perabot moden.
GABUNGAN gaya mewah dan elegan dengan dekorasi berkonsepkan Victoria klasik serta sentuhan perabot moden.
TONA biru gelap dipilih sebagai salah satu warna utama menyuntik elemen moden dan elegan pada ruang berkenaan.
TONA biru gelap dipilih sebagai salah satu warna utama menyuntik elemen moden dan elegan pada ruang berkenaan.
 ANTARA kemudahan disediakan di Colony adalah bilik kanak-kanak yang dihias khusus mesra si kecil.
ANTARA kemudahan disediakan di Colony adalah bilik kanak-kanak yang dihias khusus mesra si kecil.
ANTARA contoh pejabat peribadi yang dihias mengikut tema tertentu.
ANTARA contoh pejabat peribadi yang dihias mengikut tema tertentu.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Dekorasi dan susun atur sesebuah ruang kerja bukan saja mengubah suasana keseluruhannya tetapi turut mempengaruhi emosi serta pengalaman individu.

Ini kerana rata-rata individu berkerjaya meluangkan banyak masa dalam sehari di tempat kerja.

Tampil dengan kelainan dan menawarkan pengalaman berbeza, ruang kerja perkongsian (coworking space) di Colony Space Asia (Colony) mengetengahkan gaya mewah dan elegan dengan konsep Victoria moden.

Pengarah Eksekutifnya, Audrey Ooi berkata, beliau ingin tampilkan rekaan dalaman dengan konsep Victoria klasik tetapi dengan sentuhan moden.

“Saya mahukan ruang dekorasi klasik seperti ‘gentlemen club’ di United Kingdom 100 tahun lalu tetapi dalam suasana moden dan terkini supaya ia nampak elegan.

“Matlamat utama kami di sini untuk menawarkan pengalaman kerja lebih baik, tidak membosankan dan tidak terlalu serius.

“Colony juga inginkan penghuni di sini rasa seperti berada di rumah atau hotel yang selesa supaya kerja mereka dapat disiapkan dengan selesa lagi tenang,” katanya.

Pemilihan warna turut menyerlahkan penataan gaya mewah dengan konsep Victoria moden dengan tona putih, emas dan biru gelap dipilih sebagai warna utama.

Pereka dalamannya, Katrine Cheong berkata, pihaknya teliti dalam membuat pilihan bukan saja bagi kelengkapan dan perabot, malah pada perincian kecil seperti lampu, kemasan lantai dan dinding.

“Kami tumpukan perhatian pada setiap perincian kerana pemilihan yang dibuat memainkan peranan dan mempengaruhi keseluruhan suasana.

“Malah ruang yang diketengahkan nampak klasik dan mewah dengan konsep Victorian tapi disusun dalam suasana moden melalui pemilihan perabot serta hiasan dalaman supaya tidak kelihatan terlalu klasik,” katanya.

Suntikan moden turut terserlah melalui pemilihan tona warna biru gelap yang jarang dipilih sebagai warna dekorasi dinding.

“Rona biru gelap berpadanan dengan warna putih dan emas bagi mencipta suasana kerja yang elegan.

“Konsep Victoria klasik banyak bermain dengan warna gelap tapi untuk wujudkan gaya moden, kami gabungkan dengan warna cerah seperti putih dan emas.

“Lukisan warna emas menghiasi dinding juga tampak moden apabila dipadankan dengan bingkai kayu rona cerah,” katanya.

Kesan pencahayaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan atmosfera gaya Victoria dengan penggunaan mentol berwarna jingga selain cahaya yang sedikit malap.

Elemen kayu pada bahagian lantai dengan corak garisan arah songsang (herringbone) turut melengkapi keseluruhan konsep berkenaan.

“Pada zaman dahulu di Eropah, mereka banyak menggunakan kayu terutamanya untuk kemasan lantai. Corak motif yang terkemuka ketika itu adalah ‘herringbone’.

“Kami padankan kemasan lantai yang tampak vintaj ini dengan pemilihan perabot moden,” katanya.

Colony yang terletak di Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu ternyata memukau hati pengunjung dengan dekorasi pada koridor panjang menuju ke ruang acara.

Dinding putih dengan rak kayu dan jubin lantai gabungan warna hitam putih mencuri perhatian sesiapa saja yang berjalan di koridor itu.

Pengubahsuaian istimewa turut dibuat pada bahagian koridor itu untuk keselesaan pengunjung.

“Kami ubah suai sepanjang laluan ini supaya ia nampak lebih menarik dan tidak muram supaya pengunjung tidak rasa bosan apabila melalui koridor panjang ini,” katanya.

Salah satu ruang istimewa yang menarik perhatian dan menjadi kegemaran Audrey adalah ruang santai yang terletak bersebelahan ruang acara.

“Tarikan utama di ruang berkenaan semestinya ‘bean bag’ yang menjadi dominan pada ruang ini. Penggunaan ‘bean bag’ secara tidak langsung menjadikan ruang lebih kasual berbanding keseluruhan konsep di Colony.

“Namun kami masih selitkan kesinambungan konsep asal dengan mewarnakan lajur logam di ruangan itu dengan warna emas,” katanya.

Layari www.colony.work atau kunjungi Colony yang terletak di nombor 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 1:59 AM